head

Nuffy

Showing posts with label tension. Show all posts
Showing posts with label tension. Show all posts

Tuesday, March 2, 2010

Malang Belum Abis Lagi

Selamat Pagi...

Bangun pagi2,terus pinjam komputer member terus buat post.Erkk??pinjam??Yup,untuk pengetahuan korang,aku punya lappy kesayangan brand Hewlett Packard(HP) tiba2 buat hal,sebab tu aku menghilangkan diri beberapa hari dan aku tak boleh nak blogwalking.Hantar kedai diorang cakap motherboard rosak.Lagi la aku tak tentu arah,nak repair kurang2 sebulan.

Assignment berlambak2 aku pinjam pc member aku jer.Nasib baik la dia seorang yang sangat baik.Aku pun dah buntu,korang bayang la student IT takde lappy,macam isap rokok takde lighter.Final project aku lagi 1 bulan setengah nak kena hantar,tapi aku tak leh nak buat.

Motor kesayangan aku pun buat hal,kaberator bocor lak.Semua nak guna duit.Dah la tayar tubeless aku pun bocor,hantar kedai pun dia tak jumpa tempat bocor.Internet kolej kesayangan ni pulak dalam sehari pun tak sampai 10jam leh guna.Pastu disconnect sampai esok pagi lak.Dah la time disconnect tu jer aku bole pinjam pc member sebab time tu jer dia tidur.

Serius banyak masalah aku semester ni.Orang tak paham,parents pun tak paham.Memang bole buat assingment kat lab kolej,kat cyber cafe,tapi ingat kalau type coding 1 jam ker?kurang2 sekali duduk 4 jam.tu belum siap lagi,kena sambung esok lak 4 jam.

p/s:Aku masih boleh sabar.Takpe..ini ujian untuk aku.Tapi perlu ker aku extend lagi satu semester?

Tuesday, January 12, 2010

Aku Tension

Hari ni hari malang aku.
Lusa aku ada presentation,
Besok kena hantar 2 assingment,
Internet?Cilakak.
Slow tahap dail up,
Pakai dail up pun laju lagi.

University mana?
Aku tak nak cakap,
Tapi tolong la,time busy ni.
Projek degree nak kene present,
Assignment nak kena hantar.
Time cuti hari tu apsal tak nak naik taraf?
Tetiba jer terhegeh2 nak naik taraf time busy2 ni.

Abis aku update kat mana?
Cybercafe la,
Cybercafe punya internet pun mcm b*b*
Aku bayar ni.
Dah la mahal,
Service bagi la elok sikit.
Aku dah tension tahap dewa ni!!!
Sikit lagi kalau keja aku tak siap,
aku bakar cc ni.
Lantak la apa nak jadi.

TENSION LA...
banyak keja nak buat ni..


p/s:Aku tak kutuk kolej aku,tapi tolong la..Busy sangat minggu nie..Naik taraf minggu depan bole tak?

p/s:Thanx kat uni aku sebab banyak tolong aku..

p/s:Ayudeathwish,sori..aku tertipu ko..Takde niat pun.Aku ckap aku keja petronas kan..Nak bagi tau hari tu,tiba2 komputer ko restart..Aku student lagi..



Tuesday, January 5, 2010

Tension


Hari ni macam biasa,sebagai student kolej yang berdedikasi tinggi(tipu jer) aku bangun dengan awal paginya dan nak bersiap2 pegi kelas,walaupun kelas aku pukul 10 pagi,aku dah siap depan pintu pukul 8.30 pagi.Awal tak?sambil tunggu jam pukul 9.35 pagi,aku pun melayari internet jap.Tengah2 melayari internet,tiba2 aku mendapat perkabaran yang kurang menyenangkan.Pukul 9.30 minit pagi,aku dapat message daripada klas rep kata klas pukul 10 batal.Bangang tul.

Takpe,dengan sedikit kesabaran,aku pun masih menunggu untuk klas yang pukul 12 plak.Aku keluar awal hari ni,sebab dah lama tak belajar,semangat nak belajar membuak2(tipu lg).Sampai jer kat klas pukul 11.50pagi,lecturer aku cakap klas dah penuh,masuk seksyen lain.Cilakak,hari malang aku hari nie,unhappy day...haha..

Aku tak marah sangat,tapi tension skit jer,sebab dah siap2 kan.Kalau tau takde klas,klas penuh ker,ape2 ker.bagitau la awal2.So hari ni secara unofficiallnya tiba2 aku takde klas.Minggu ni taknak pegi semua kelas.Arrange dulu jadual elok2 nanti aku pegi klas balik ok?Hahaha..(aku cakap dalam hati jer).Hehe..

Besok aku ader satu kelas jer.tapi nak buat projek sikit.tak tau la bila projek degree aku nak siap nie,masalah klas semester baru pun tak settle lagi.Internet dah la slow,ader proxy lak.So sesetengah blog yang menggunakan tajuk atau berbaur lucah,memang aku tak dapat access.Sori sebab tak dapat blogwalking balik.Aku pegi cyber cafe nanti aku blogwalking balik.

Dah..nak rehat2 jap.Nanti sambung..


p/s:Awal semester mesti jadual ader problem.

p/s:Hope next sem dah settle masalah remeh temeh nie.

Sunday, November 15, 2009

Test??Die!!!



Esok final test aku untuk sem nie...Hahahaha(Gelak Jahat)..Fuhh ader jugak la rasa lega..Lepas 3 minggu aku pecah kepala jwb test2 yg lps..Tiba lah test last esok..Tp....test2 last nie aku pun dh xde mood nk study...dh la killer subjek..kalau aku x study nie..conform aku die..Badan dah letih,mata nak pejam,kepala dh berat..Tengok buku pun nk termuntah(poyo jer)hehe...Dugaan-dugaan..To my lecturer,"pn..klau pn bg soalan senang and sy bole jwb..sy puji pn dalam blog sy nie..siap letak gambar lg..ok??deal??"(kalau dia baca blog nie)..

Xpun aku guna dadu jer la...Tp soalan subjektif lak nie...Nak cmpak dadu kat mana?Setakat nk pilih soalan mana yang jwb dulu bole la..Adoi...Tension2..So..kwn2..give me a few hours untuk study 5 bab lg...So..aku kena tgglkn blog nie jap utk beberapa jam..
tp aku still akan masuk untuk klik nuffnang2 korang...ini benda wajib..hehe....k..
hope aku bole jwb...x bnyk aku mntk...4 flat dh la..K..nk smbung study..Aku dh ada masalah nie..
addict blog plak..time2 nak exam baru nk addict..dulu xnk addict...dugaan-dugaan..