head

Nuffy

Showing posts with label Juang Hidup. Show all posts
Showing posts with label Juang Hidup. Show all posts

Sunday, January 10, 2010

Juang Hidup Kembali Ke Pangkal Jalan

Beberapa post yang lepas,aku ada post yang juang hidup bercuti selama sebulan lebih untuk mencari awek baru kan?ader x?alah..yang dia main kayu tiga tu..tajuk meniaga tu??ingat tak?kalau tak ingat,sah2 korang ader penyakit alzheimer(nyanyuk)baca kat situ aku ader linkkan..Aku gurau jer...jangan amik hati lak yer..


Tapi,ternyata aku silap,setelah aku mengupah sherlock holmes(baru tengok smlm)ternyata sumber yang aku perolehi adalah palsu semata2,rupa2nya juang hidup telah menyertai gerakan pejuang berani mati,YES,beliau menggunakan hand grenade model n97(aku tipu) untuk meletupkan dirinya.
Korang pernah dengar peristiwa berdarah di Mumbai tak?yang mengorbankan ratusan orang tu dan kebetulan adam nur kasih pun ada.Ya,juang hidup antara orang yang bertanggungjawab terhadap serangan di hotel2 mumbai.Tapi,persoalannya,bagaimana beliau terselamat???Sila lihat gambar di bawah.






Perasan tak apa yang pelik kat hand grenade tu?Yup..beliau terbawa key chain hand grenade yang di beli di pasar malam untuk dihadiahkan kepada sahabat karibnya hbz.
hbz kenal tak?lolz,yang guleng2 tak tentu hala tu dia lah..

Jadi,itulah puncanya juang hidup kembali ke malaysia untuk menyambung pengajiannya dalam peringkat ijazah sarjana muda.Alasan beliau busy dengan assignment adalah palsu semata-mata.
Dengan kematian beberapa sahabat karibnya di mumbai,beliau dah berubah+berkat doa aku yang tak putus2.

Bantulah dia untuk kembali kedunia blog ni,Kita bersyukur kerana beliau masih lagi bernyawa atas kelalaiannya sendiri.Janganlah kita menghukumnya atas kesilapan lampau.

Ingat,sehebat manapun kita,mati nanti kubur kita dikambus oleh orang lain dan surah yaasin dan al-fatihah disedekahkan orang lain untuk kita.Bukan kita boleh kambus mayat kita sendiri dan kita boleh baca surah2 tu untuk kita.

Pepatah melayu juga mengatakan,hidup ibarat tayar(roda dulu),kadang2 kat atas dan kadang2 kat bawah.Tapi kalau tayar dah pancit??Kekallah kita dibawah selama-lamanya.


p/s:Juang hidup dengan hbz sifu aku.Dia banyak ilmu,blogger2 baru boleh mintak tunjuk ajar dengan diorg.Setakat coding php dengan html tu diorang senyum jer.Aku tak tipu.

p/s:[Mesti baca].Entry ini adalah cerita palsu semata-mata,tidak ada kena mengena dengan orang yang telah mati sebab juang hidup masih hidup.


p/s:Ini adalah kisah dongeng!!!!

Wednesday, January 6, 2010

Orang Lain Berniaga Kita Nak Meniaga

Hujan pulak kat sini,aku berjalan2 di antara blog ker blog tadi,tiba2 aku terjumpa Juang Hidup yang hampir mati pucuk dah kembali..hehe...Hampir 5 minggu Juang Hidup menyepikan diri tiba2 dia kembali.Welcome back..Aku ingat dia dah jadi ahli masjid sepenuh masa,rupa2nya dia pergi bercuti sebab nak cari awek baru.Juang Hidup cuba bermain kayu tiga.Cis..

Entry kali ni aku nak citer pasal orang2 Melayu kita la.Pantang tengok orang lain meniaga,kita pun nak meniaga,tapi bagusla..cuba mencari rezeki dengan cara berniaga.Tapi masalahnya orang lain meniaga biasa 7 hari seminggu,tak pun paling lekeh pun 6 hari seminggu,cuti hari2 biasa,bole la di terima akal,tapi orang melayu kita ni dah la meniaga cuti sabtu atau ahad,tak pun dua2 hari cuti,pantang ada cuti jer semua nak cuti,hari raya puasa cuti seminggu,raya haji seminggu,raya cina 3 hari,raya krismas 2 hari,31 ogos 2 hari.Abis semua cuti2 umum nak cuti.

Aku tak nak cakap banyak2 la,tapi pikir la,time cuti2 umum la family2 nak bawak anak makan2 kat luar.Ini asal datang jer kedai korang tutup.Itu la aku cakap,orang nak meniaga kita nak meniaga,tapi tak ada komitmen.Walaupun bukan semua,tapi aku penah terkena banyak kali.

Hal masakkan plak satu.Dah la kurang sedap,banyak lak yang takde,tulis dalam menu macam2 ayam masak merah la,nasi goreng udang,ketam sweet sour,tapi mintak itu takde,mintak ini takde.Semua takde.Orang nak meniaga,kita nak meniaga.

Itu lah orang kita buat sesuatu kerja tu,hangat2 taik ayam.Komitmen tak ada,disiplin kurang ...Oklah...tak nak tulis panjang2,nanti huruf keyboard aku hilang.Pikir2 la..

p/s:Aku tak cakap semua..Just segelintir..yang meniaga jujur dan rajin tu aku ucapkan tahniah.Semoga kedai korang makin maju,

Wednesday, November 18, 2009

Peribahasa & x reti bahasa


Org dulu2 mmg kaya dgn peribahasa,budi bahasa,tata bahasa,perbahasan dan mcm2 bahasa,x kurang jgk dgn pantun,puisi,syair..Tp,smlm masa aku ddk dlm bas dlm perjalanan balik ke png,aku terpkir..releven lg ker benda2 nie nk guna sekarang?ader lg ker bdk2 sek guna benda nie dlm karangan?timbul persoalan..kat sini aku bagi contoh:

1)Atuk ckp: Sehari selembar benang,lama2 menjadi kain..
adik jwb:Kalau sehari selembar bng lmbt siap..cuba lembar bnyk2 cpt skit siap..lgpun skrg dh ada kilang..

2)Atuk ckp:Cubit peha kanan,peha kiri terasa sakit
adik jwb:Apahal lak peha kiri nk sakit..x phm2..

3)Atuk ckp:Perigi cari timba..
adik jwb:Skrng dh ada paip,bt aper susah2..

4)Atuk ckp:blkng parang di asah lg kan tajam.
adik jwb:dh xde keje ker smpai nk asah belakang parang.

5)Atuk ckp:kalau asal benih yg baik,jatuh ke laut menjadi pulau.
adik jwb:atuk try tabur nk tgk bole jd pulau ker x..

Ni contoh sikit yang peribahasa mungkin dh ssh nk di terima..
kalau 50 thn akan dtg,cucu cicit kita nnti knl lg x perigi,timba dan lain2?
Aku x ckp peribahasa nie x sesuai dh..still ada yang sesuai..

Lg 1,contoh la kn...Contoh ok...kalau Juang Hidup tiba2 gaduh dgn HBZ,

sekali juang hidup intro "kajang pak malau kajang berlipat"

x psl2 hbz terguleng2 kat tanah tahan gelak..hehe..tp ok gak..aku rasa diorg x jadi gaduh...so...pkr2 la..

p/s:utk cikgu2 sek/pakar bahasa,sori..ini sekadar gurauan..
teruskan usaha murni anda memartabatkan bahasa ibunda.

p/s:utk anak2 kecik,rajin2 la tgk crita p.ramlee..bkn perigi jer,kipas lipas pun ader dlm filem dia.