head

Nuffy

Sunday, November 25, 2012

Jangan Takut Untuk Tanggung Risiko

Kejap tenggelam, kejap timbul,apalah nak jadi dengan Black Mel ni.Lama dah aku tak muncul dan sekarang aku dah muncul balik. Tak sampai sebulan aku berpindah ke rumah sewa aku ni,tapi macam jauh dari tempat keje lak.Ada rezeki aku cari bilik sewa lain la.Sapa-sapa ada bilik sewa kat petaling jaya, tolong roger2..

Sebenarnya aku nak cakap tentang jangan takut nak tanggung risiko. Awal tahun dulu, BM keje kat pasaraya sebagai IT Executive.Kerja macam biasalah,pasaraya..keje 6 hari,pastu balik at least kena lambatkan sejam.So lebih kurang dalam 10 jam la kena keje.

Untuk gaji pertama aku dah rasa banyak la tapi kalau dekat batu pahat memang cukup.Ini kawasan KL or Selangor, so aku rasa gaji tak cukup..Banyak tapi tak cukup.So aku pun apa lagi..Keje 3 bulan aku pun cabut.

Masa BM berhenti dari pasaraya tu,langsung tak cari keje lain or pendek kata aku berhenti tanpa dapat tawaran kerja lain. Kira gamble jer la nak berhenti. Tapi Alhamdulillah, bumi Allah ni luas. Aku berhenti hujung bulan 7,awal bulan 8 aku dapat kerja lain.

Sebab aku berhenti tempat keje lama?

1)Gaji tak cukup
2)Bos kuat maki orang
3)Aku kena scan harga arak
4)Aku kena buat inventory arak
5)Aku kena buat order arak.

2 bulan keje x kena buat tapi bulan last kena,puas aku cuba elak dari buat benda2 ni tapi tak dapat sampai kena maki2 sebab terlupa(buat2 lupa) last skali hantar surat resign.

Apa yang aku nak cakap kat sini. Kerja ada dimana2, dan kalau sampai kerja tu dah buat benda haram so berhenti dan cari keje lain.Walaupun tak minum..mula2..last2 2 orang kawan aku minum sebat ambik remeh benda ni;.

2 comments:

p3perak said...

yeayyy !

Iza Teratak Usang said...

Assalam..
Rezeki ada di mana2, cuma perlu berusaha, bersabar..last nya tawakal..
Gud luck..