head

Nuffy

Sunday, September 9, 2012

Termalu Disitu

Al-kisah,aku ditugaskan untuk menggantikan tempat aku disebuah company nie. Hari pertama macam biasa, kena ikut peraturan, visitor kena letak kereta tempat visitor,guard tahan suruh tulis nama. Check pakai kasut ker tak dan macam-macamlah guard dari bangladesh ni nak check. Last sekali dia bagi kertas visitor information.

Hari kedua pun sama, ada jugak aku ajukan soalan kat kawan aku "rumit betul prosedur disini ya"(macam skema lak ayat ni) lebih kurang macam tu lah aku tanya. Dia pun jawab, guard tu tak kenal memang macam tu, lama-lama nanti dah ok dah, tak payah turun check pakai kasut ker tak,regist visitor kat guard dan macam2 lagi la.(Sebab dekat receptionist pun nak regist lagi).

Hari ketiga masa datang kerja,guard tu cakap tak payah turun kereta, terus jalan sebab dia dah cam kereta. So aku pun masuk terus sambung kerja. Seperti kebiasaan, waktu rehat aku suka jalan kaki jer kat deretan kedai makan tu sebab jarak dia dekat,dalam 200 meter jer. Kalau bawak kereta pun susah nak parking.

Masuk jer rehat, ada sorang guard baru tu tanya."kerja sini ka?mana pass?", Belum sempat aku jawab kawan dia cakap "Dia kerja sini,boss bole masuk". Elok aku nak masuk jer guard baru tu panggil aku balik. "Boss..boss" Malas aku nak layan aku buat tak tau jer..Tiba-tiba dia datang kat aku. Guard ni memang nak kena siku ongbak ni. Dia datang sebelah cakap perlahan-lahan "Boss,itu pintu ada buka." Damn..tersedar aku dari lamunan,rupa-rupanya zip tak tutup. Nasib baik pakai boxer. Kalau tak terlepas dah burung kesayangan. Then sejak kejadian itu,aku pun dah baik dengan diorang,siap sembang-sembang. Nak belanja makan tak nak.Takut keluar.Ulat jer la,bukan sapa tau pun..Kan...konon baik la tu..hehe..

6 comments:

cik chinta said...

okeh...mmg malu disitu

black_mel said...

haha..;)

sal ya said...

hahaha... apa daaa...

Iza Teratak Usang said...

Assalam..
hahaha...

old_trafford said...

bagus guard tu,displin boleh kira tinggi gak la..hehe

mamaabril said...

itu pintu ada bukaa... wakakaka... sadissssss