head

Nuffy

Wednesday, November 28, 2012

Black Mel Bila Nak Kahwin?

BM cakap..

2 minggu lepas BM singgah rumah saudara. Ada buat kenduri doa selamat.Macam biasalah dah jumpa saudara mara. Cerita-cerita dari zaman Microsoft Window 95 time main paperboy keluar mencurah-curah. Macam biasa jugaklah bila dah cerita benda-benda lama mesti nak buat perbandingan pasal perubahan sekarang.

Ada yang dulu ada rambut, sekarang dah botak macam shaolin, ada yang dah beruban *aku pun macam dah tumbuh uban ni* dan ramai jugak yang nak kawen. Inilah masalah bila sembang dengan orang yang dah kawen ni. Sikit-sikit nak cakap nikmat malam pertama lah,makan ice cream lambat keras lah apa2 lah.
Nak marah saudara tapi tak marah saja jer nak buat aku jeles. Nasib baiklah aku ni baik.

Last-last sekali, mesti tanya aku bila nak kahwin.Konon diorang dah ada anak dua tiga lah. Penat dah aku nak menjawab. Bila aku cakap belum jodoh dia cakap "BM jodoh kena cari" Aku memang nak cari, tapi masalahnya aku ni baru lah keja. Tak sampai setahun pun,nak makan pun kadang2 miss, Susahlah nak cari awek. Lagipun aku bukan jenis nak makan hasil perempuan.

p/s: Kalau ada saudara aku yang tanya bila lagi?
Bila aku dah beli kereta dengan rumah tu tandanya aku dah sedia.

2 comments:

p3perak said...

Bajet 2013 ada peruntukkan besar utk PR1MA.. boleh la apply utk dapatkan loan beli umah tu..

hehe :)

cik kaki ketawe said...

xpelah bro..aku salute dgn kau..jodoh tu Allah dah tentukan..
btw: dapat gaji nanti jgn lupa belanja aku makan...doa result spm aku gempak


p/s: xnak pakai uniform dah