head

Nuffy

Friday, March 30, 2012

Penjelasan Malique Tentang Lirik Lagu Bawaku Pergi

Malique:
"Pagi tadi, Zizan menelefon saya, mengatakan surat dah diterima dari kerajaan, lagu BAWAKU PERGI harus dihentikan penyiarannya. Tanpa perbicaraan, tanpa peluang tertuduh untuk membela diri. Tidak adil, saya merasakan bahawa Zizan, Kaka dan saya telah ditindas. Keptusan dilakukan oleh individu, panel (jika wujud) yang tidak adil, cetek dan berkepentingan politik. 

Pada tahun 2008, saya menulis lagu PERGI JAUH untuk isteri saya. Lagu itu berkisarkan kami yang berangan-angan untuk pergi bercuti di tepi pantai Bali. Pada tahun 2012 pula, saya menulis lagu BAWAKU PERGI sebagai susulan kepada lagu PERGI JAUH. Lagu ini berkisar mengenai kehidupan saya yang setelah beberapa tahun berkahwin tapi masih sibuk dengan kerja dan jarang-jarang dapat pulang bersama dengan isteri. Lagu ini dicipta dari point of view si sang isteri untuk suaminya. Sang isteri berangan-angan mahu bercuti ke Tibet/Nepal sebagai tempat berbulan madu. Kerna itulah datangnya ayat, ‘puncak dunia kita duga’. Setiap orang yang mempunyai asas geografi, akan tahu yang puncak dunia adalah di Himalaya. Di situ jugalah wujudnya haiwan mitos Yeti yang dikatan mendiami tanah tinggi di situ. "

Penjelasan penuh korang boleh layari sendiri website QARMA MUSIQ


Secara kasar lirik lagu tu memang nampak seperti membawa mesej yang kurang elok ataupun lebih senang nak paham mengajar orang lari dari rumah TAPI kenapa kita tidak dengar sendiri dari penulis lirik itu dulu sebelum membuat sebarang tindakkan. 




p/s: Semua orang tengah cari maklumat penyanyi wanita lagu ni iaitu Kaka(gambar di atas). Nama sebenar Kaka adalah Nor Atiqa Noor Azraff berumur 23 tahun 

p/s:psssttttt dengarnya dia ada pertalian saudara dengan ratu rock..Ella..apa2pun..suara dia memang sedap..

2 comments:

Hazri Zakaria said...

Memang betul pun.dia juga ada pertalian darah dengan kaka brazil.macam aku juga.kami semua memang sedarah.masa dia nyanyi lagu ni, aku ada sekali.memang lagu ni ok je.nak tutup celah mana la.haih!

fasham said...

hmm saya rasa lirik tu tak bawak mksd pelik2x pun...hmm napalah jauh betul org pikirkan..