head

Nuffy

Friday, April 6, 2012

Etika Pemakaian Ketika Temuduga

gambar hiasan

Selalu orang akan bercakap pakaian formal ketika menghadiri temuduga tetapi orang jarang-jarang bercakap pakaian si penemuduga. Bagi aku yang menganggur ni, memang keje aku menghadiri temuduga jer, tak kiralah temuduga terbuka atau di panggil untuk ditemuduga, semua aku pergi dan semalam aku sempat menghadiri satu sesi temuduga di kawasan Kuala Lumpur.

Macam biasalah, pakaian yang aku pakai adalah pakaian rasmi untuk lelaki selalunya kemeja lengan panjang, neck tie, seluar slack dan kasut kulit.Aku pun bila dah dipelawa masuk oleh HR,duduk la lepak-lepak dalam bilik meeting tu tunggu orang yang nak temuduga aku tu. Sekali bila pintu di bukak jer...homakaiiii....dengan baju tanpa lengan dikenakan dengan skirt paras pangkal peha macam nak gugur jantung aku. Jujur aku cakap, hampir 1 jam dia temuduga aku, mata aku tak lari dari skirt dia. Sikit lagi nak nampak panties dia(non muslim). Nasib baik dia duduk rapatkan kaki.Nak buat macam mana. Aku pun macam lelaki lain jugak dan aku pun ada nafsu jugak.

So, apa yang aku nak cakap dekat sini, kadang-kadang bila kita terlalu menitik beratkan pakaian orang yang hadir temuduga hingga kita terlupa meletakkan code pemakaian si penemuduga. Aku tak nafikan, ada sesetengah company atau kilang yang ada pakaian seragam mereka sendiri so x boleh salahkan diorang, cuma maksud aku code pemakaian si penemuduga tu, kalau boleh janganlah terlalu menghairahkan sehingga menganggu kosentrasi orang yang hadir