head

Nuffy

Friday, March 30, 2012

Lagu Bawaku Pergi Bakal Diharamkan



Mungkin tak lama lagi lagu Bawaku Pergi nyanyi Kaka & Zizan bakal diharamkan.Ini kerana lagu ini dikatakan membawa mesej yang tidak elok kepada anak-anak muda. Tapi persoalannya sekarang, berapa ramai orang yang mendengar lagu ni terasa nak melarikan diri? Bagi pendapat peribadi aku, mungkin kalau kita tengok lirik dia memang menunjukkan dia nak melarikan diri tapi karya seni selalunya berkias-kias dan bagi pendengar macam aku,kami mendengar disebabkan lagu ini melodi dia agak sedap didengari.Ini lirik lagu yang dikatakan mengandungi mesej yang tidak elok.

Lirik Lagu Bawaku Pergi

bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

tengah malam nanti
tolong jangan lupa
jangan mungkir janji
aku dah teruja
sudah cukup lama
aku tunggu saat ini
sejak kali terakhir kau hantar pulang
hidup sungguh sepi
tolong jangan bilang mama
tolong jangan bilang papa
malah jangan bilang teman karibmu
jangan bilang sesiapa

oh, buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh, ayuh

bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

mata dalam kaca, topi berceloreng
sarung tangan hitam, atas muka ada topeng
hanya perlu siul, tidak tekan loceng
hero sudah sampai, cepat terjun dari loteng
kita terus ke sempadan aku pacu, engkau bonceng
bawa bekal air muka cuci aib bopeng
lari dari kewajipan, tanggungjawab ponteng
lari dari kenyataan, mula kisah dongeng

tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
lari-lari baling bola salji depan gua
sambil cari yeti kita boleh cari (what?)
tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
lari-lari baling bola salji depan gua
tidak jumpa yeti moga-moga jumpa syurga

bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

bila kita pergi
apa kan berlaku
siapa kan peduli
siapa ambil tahu
hidup kita tempuh
untuk apa saja
tidak kira mana kembara membawa
kita kan bersama

oh, buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh, ayuh

bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali


sumber dari liriklagu4u.com


Terpulang kepada diri masing-masing menilai baik dan buruk.Sayang lagu yang sedap ni di haramkan. Sebelum lagu ni diharamkan dan dikeluarkan dari youtube,jom kita layan ramai-ramai.Search sendiri kat youtube..Aku nak share tapi internet slow macam siput.





2 comments:

-atiQah- said...

lagu ni mmg sedap. tp bg sy mmg membawa mkna yg xbrp baik..mksd yg xbrp baik..mmg budak2 mgkin xakan terpengaruh dgn lirik lgu ni, tp ia mencerminkan budaya org kita. :)

Hazri Zakaria said...

Haha internet macam siput! pergi cc la kawan..hehehe..

Haramkan je..pelik betul.lagu mcmni senang je nak haramkan. kes rokok tu, xnk haramkan lagi..haih!