head

Nuffy

Wednesday, August 24, 2011

Perlu Balik Kampung Ker?

Lebih kurang seminggu lagi kita akan menyambut Hari Raya.Kakak,adik-adik aku semua dah beli baju raya,kasut raya dan segala persiapan untuk beraya tapi aku masih dalam delima.Aku tak pasti aku nak balik kampung ker tak sebab aku tak rasa macam nak beraya pun.Tak mustahil aku tak beli apa-apa untuk hari raya ni.

Sekarang aku ada dua pilihan.
Pilihan pertama: Balik kampung beraya dan aku boleh mula bercuti bermula 27hb dan masih sempat beli persiapan untuk raya walaupun last minit.

Pilihan kedua-Tak payah balik kampung,beraya kat Selangor sorang-sorang dan aku boleh bekerja raya pertama,kedua,ketiga.So dapat la duit lebih sikit sebab dibayar triple kalau aku tak silap.Tapi kalau triple skali pun,berapa lah sangat dapat untuk seseorang yang bergelar trainee or student praktikal.

Tapi,ada talian hayat jugak,aku boleh pura-pura ambik cuti untuk beraya tapi aku tak balik kampung.Boleh jugak aku rehat seminggu.Inilah masalahnya bila aku pernah bekerja 3 tahun berturut2 pada hari raya sampai aku dah tak ada perasaan nak sambut hari raya.

TAPI,kalau aku tak balik raya kali ni jumpa saudara mara tahun ni,pasti ker aku masih akan berpeluang untuk berjumpa diorang masa Syawal tahun depan?hurm...tahun ni pun tak pasti..

p/s;Lama pulak aku tak menulis,tiba-tiba rindu kat blog.Teringat skrip cerita jepun bertajuk The Son In Law lakonan Tomoya Nagase.Dia cakap "Kalau ada cuma seorang peminat dia yang masih sudi mendengar dia menyanyi,dia akan terus menyanyi"(lebih kurang sebab dah lama,tak berapa ingat).Boleh jugak aku adaptasi untuk blog,"Kalau cuma tinggal  seorang sahabat yang masih membaca blog aku,aku akan terus menulis"(tapi ader ker?hehe).





5 comments:

wachak said...

walaupun apa cerita disebaliknya balik la bro walau sehari beraya. Masa sekarang ni kita tak rasa apa yg org tua rasa tapi bila turn kita nanti dah x bleh nk cakap apa dah.

FarhanaDr said...

Pulanglah.. :)

syafiqakarim said...

jom blk samaaaaa..hahaha.
nak duit huhu

h4ni3 said...

balik la.. jenguk orang kampung, sedara mara.. :)

'AQILAH said...

:) pulangla - aishah hee