head

Nuffy

Thursday, August 4, 2011

Beza Ramadhan Dahulu Dan Sekarang

Tak dapat dinafikan, umur memang semakin meningkat dan setiap kali sambut ramadhan memang berbeza.Banyak kenangan manis dan tak berapa manis setiap tahun.

Bersahur
Dahulu(Sekolah Rendah):Masa aku kecik-kecik memang liat nak bangun sahur,kena rotan atau hanger se das dua, barulah boleh bangun.
Tak berapa dahulu(IPT):Masa zaman bersukaria iaitu masa belajar kat ipt.Nak sahur tak yah pening-pening kepala nak set jam loceng atau hp,overnight jer..Berjaga sampai pukul 4 lebih pastu pegi sahur.Balik main game kejap,tido sampai pukul 1-2 tengah hari.
Sekarang:Bangun pukul 5 pagi bancuh milo pastu tido jap pukul 6-20 pagi bangun mandi,solat pegi keje(praktikal).

Solat tarawih:
Dahulu(Sekolah Rendah):Masa kecik memang kena marah kalau tak pegi solat tarawih,tiap2 tahun sembahyang penuh.Teringin jugak nak berlari-lari masa org tengah solat tapi baru nak bangun,ayah dah jeling.So kena lah duduk solat sampai abis.
Tak berapa dahulu(IPT):Masa ni dah jarang pegi sebab surau jauh.Lagipun masa belajar tak ada transport.
Sekarang:Ramadhan ke 4,tapi belum berpeluang pegi solat tarawih.Ramadhan 1st dah demam2,batuk2,selsema..Takut hingus meleleh.Harap cepat sembuh.

Berbuka:
Dahulu(Sekolah Rendah):Masa kecik2 jarang beli kat kedai,semua mak masak,So makan apa yang mak masak.Tak boleh memilih.
Tak berapa dahulu(IPT):Hari-hari pegi bazaar sampai dah boring,last2 pegi beli air jer,pastu makan keluar pukul 10 pulak.
Sekarang:Nak pegi tapi ramai,so pegi beli murtabak kat kantin kilang tempat praktikal jer.Murah pun murah,orang pun tak ramai cuma tak berapa sedap.

p/s:Mustahil kita akan sambut Ramadhan setiap tahun dengan perasaan yang sama.Cuma kita boleh harapkan Ramadhan kali ini lebih baik berbanding Ramadhan sebelum-sebelum ini.

p/s:Aku dah pernah 3 tahun tak balik raya.Terasa macam nak bekerja(praktikal) lak raya ni.


6 comments:

missgee said...

Saya kasi "Like" ayat ini,

"Mustahil kita akan sambut Ramadhan setiap tahun dengan perasaan yang sama.Cuma kita boleh harapkan Ramadhan kali ini lebih baik berbanding Ramadhan sebelum-sebelum ini"..

Terbaik!!!!!

SuRayA^i. said...

oit! org smgt nk blk ry, ko nk praktikal plk kn.

p/s: slmt berpuasa =D

qellissa said...

Selamat Berpuasa! memang lah lain puasa dolu dan sekarang..dulu mak masak time sahur tau bangun trus ngadap meja makan, sekarang masak sendiri..huargghh..

|arieza| said...

aku pernah 5 tahun tak balik raya.. skrg no more, insyaAllah..

semoga Ramadhan kita sama2 lbh baik...!

NiNa' said...

ramadhan taun ni..
belajar untuk mengahdapi perkataan "penat" dlm kerjaya.. huhuhu

selamat hari raya black mel~

Cik Aien said...

tahun ni smbut ramadhan kat rumah.
Kalau 3 tahun lepas ramadhan kat IPT, ikut selera mkn sndri.. tp skunk, kna ikut slera makan org yg memasak :) Mak saya!