head

Nuffy

Thursday, August 25, 2011

Tua Tak Tau Malu,Muda Lagi La Tak Malu

Ini gambar mudguard depan moto kalau sapa-sapa yang tak tau(gambar google)

Al-kisah....hari ni aku ambik cuti sebab nak settlekan urusan konvo aku.So aku pun balik Puchong jap sebab nak ambik sijil aku kat sana.Lepas jer ambik,terus la balik dengan secepat mungkin sebab nak pos kan borang tu cepat,tiba-tiba bole pulak terlanggar lubang and mudguard aku patah.Korang penah tengok moto takde mudguard kat bandar2 tak?Malu sial aku bawak moto ex-5 tua tu takde mudguard.Orang naik keta sebelah-sebelah senyum jer.Ok..lupakan hal ni..balik kepada topik utama.

So,terpaksalah aku cari bengkel moto nak repair dan aku repair kat bengkel seksyen 15 Bandar Baru Bangi,Sebelah restoran mamak yang berhadapan dengan Ameerali.Jam kat tangan aku pukul 12 tengah hari.So brother tu cakap nak gi ambik spair part kat store dia.

Tengah aku tunggu,tiba-tiba jer ada sorang pakcik dalam umur 50an parking sebelah bengkel.Aku pun hairan,apsal pakcik ni nak repair moto parking depan restoran mamak tu.Elok2 dia turun motor jer,dengan helmet tak bukak masuk restoran mamak tu tak sampai 5 minit keluar bawak nasi bungkus dengan air bungkus.WTF???pukul 12 lebih beli untuk waktu berbuka?Hell Kitchen betul..Then aku think positif,mungkin dia beli untuk jiran dia atau pekerja opis dia ker.Maklumlah orang Melayu memang terkenal dengan sifat tolong menolong.

Pastu,bila pakcik tu belah jer,datang lagi 2 bijik motor.sama jugak dengan yang 1st tu.Tapi kali ni sebijik moto orang tua dan 1 moto lagi orang muda.Yang orang tua tu macam biasalah beli tak bukak helmet,tapi yang orang muda ni siap bukak helmet pastu betul2kan rambut kat side mirror.Hampeh.Dah tua bangka tak puasa tak malu ker?Masa beli tau malu pakai helmet.Aku kat bengkel sebelah aku tengok jer,pastu dia perasan aku tengok dia wat muka tak puas hati.Aku nak heran aper,bukan aku buat salah.Tau malu aku tengok tapi tak malu dengan Allah ker?Mat moto yang muda tu,ko ingat abis macho ker beli makanan tengah hari dengan muka slumber?Kira hati kering la konon?Kering tak kering ko menjawab la nanti.

Sebenarnya,kalau dah dari muda dah berlatih tak puasa sampai ketua pun korang akan bawak perangai tu.Seminggu jer lagi.Takkan tak boleh tahan?Malulah kat budak-budak yang sekolah rendah pun puasa penuh.Kalau korang tak percaya,besok pukul 12 lebih korang pegi tunggu kat kedai mamak berhadapan dengan mamak ameerali Seksyen 15 bangi.

p/s:Semalam aku dah buat keputusan,aku balik beraya kali ni.Aku start cuti Ahad ni,Thanks kawan-kawan..siap ada yang bagi komen tajuk lagu Aishah-Pulanglah..;)


4 comments:

wachak said...

dunia dah akhir zaman. buat dosa x der rasa apa2 dah. mcam n3 wa dulu la yg time raya siap pakai baju melayu tapi tengah berbaris beli nombor ekor tu.



semoga dijauhkanlah dari diri kita dan keturunan kita oleh Allah dengan sifat2 keji dan mungkar itu.

Umie Artoqiemie said...

adoi.. dorg dah terbiasa tu.. x senonoh .

h4ni3 said...

lenkali kasi pancit jer tayar motor diorang tu hehe

selamat hari raya!

SuRayA^i. said...

asl ko mule2 xnk blk kmpg weh?

btw, kalo ak jdik ko ak pndg je pkcik ngan bdk laki tu dr dorg trun moto smpi la dorg nek moto smule. br pdn muke dorg.