head

Nuffy

Wednesday, May 4, 2011

Minyak Ron 97 Naik 20 sen Tengah Malam Ni






Aku petik sikit berita dari Malaysiakini


Bermula tengah malam ini, petrol RON 97 akan dijual pada harga baru, iaitu RM2.90 seliter.
Kenaikan itu bagaimanapun tidak melibatkan RON 95 dan bahan api lain di negara ini.
RON 95 kekal pada harga RM1.90 seliter.

Nampak tak perkataan kekal disitu?Kali terakhir aku jumpa perkataan kekal tu,tup..tup 3.4 hari lepas tu, Ron 95 pun "diselaraskan" dengan harga pasaran dan macam yang korang tengok kat graf atas tu, dari bulan Januari sehingga May,minyak RON 97 dah "diselaraskan" sebanyak 4 kali.

Apakah ayat-ayat yang hot semasa harga minyak petrol dinaikkan?Korang nak teka lagi?
Aku bagi pilihan jawapan.
A)Harga minyak "diselaraskan" dengan harga minyak mentah dipasaran.
B)Kami menjamin,kenaikkan kali ini tidak akan membebankan rakyat tercinta.
C)Kami dalam usaha mengurangkan subsidi yang ditanggung oleh..blablabla..
D)Para peniaga TIDAK dibenarkan menaikkan harga barang berikutan kenaikkan harga minyak.
E)Semua jawapan di atas.

Apa-apapun,kalau harga minyak dipasaran naik,sudah tentulah harga minyak akan turut meningkat naik.So..kita menjadi mangsa keadaan.

p/s:Agak-agak bila minyak RON 95 akan naik?

p/s:Gambar dan petikan berita diambil dari MalaysiaKini

p/s:Masa aku post entry ni kat Utusan tak keluar lagi berita minyak naik,tapi Berita Harian dah keluar pukul 9 lebih tadi.Tapi kat MalaysiaKini pukul 7 dah keluar..cepat betul MalaysiaKini ngan Berita Harian.Kalau Utusan dah keluar jugak masa aku post ni,aku mintak maaf yer sebab terlepas pandang.

2 comments:

wachak said...

Dah lama x minum milo ais bungkus. semalam beli regernya RM2 hinggit. fuhh !! mahalnye, rasa2 nya last beli RM1.5o jer. Ni la bahana minyak selalu di'selaras'kan .. hu33

qellissa said...

ok lepas ni ai nak isi minyak pelincir utk keta lembu ai tu..huhhhh...!