head

Nuffy

Wednesday, May 4, 2011

Gula gula manis,24:7,Smash





"Terbaik" dress up kumpulan gula-gula ni.Aku pun dah pening kepala dah,kat blog ramai yang cakap pasal kumpulan gula gula,24:7 dan fenomena-fenomena m-pop nie. Kalau tanya pendapat aku tentang penubuhan kumpulan nie..erm...apa yang aku boleh cakap,pemakaian bukan adat atau budaya kita.Sebab tu timbul group anti kumpulan gula-gula tapi kalau tanya tentang lagu,aku tak boleh nak komen sebab album diorang akan dilancarkan besok kot(tak sure).


Ini kumpulan lagi satu...24:7, bila lagu dia dilancarkan aku tak sure cuma aku tak rasa m-pop ni sesuai kat malaysia.Kalau diorang pegi buat persembahan kat korea, itu belum tentu.Ini pandangan aku sebagai seorang lelaki, tapi tak taulah pandangan perempuan-perempuan Malaysia.Kalau perempuan-perempuan Malaysia ni fanatik ker die hard fan diorang sampai ada yang kena histeria macam tengok hantu,sapa tau.Dengar jer la nanti lagu diorang kat radio-radio.



Ini pulak,kumpulan SMASH.Group ni dari seberang,indonesia.Ala-ala k-pop jugak, aku tak dapat nak pastikan penerimaan orang-orang indonesia tentang group ni,sebab kalau korang klik video clip kat atas tu,like dengan dislike hampir sama banyak.

persoalannya(fokus kumpulan gula-gula):
p/s:

1)Berapa lama jangkaan anda kumpulan ni mampu bertahan?
a)10 tahun
b)20 tahun
c)30 tahun

2)Sampai bila korang nak pakai skirt atas lutut ni?
a)Sampai bila-bila
b)Sampai dah kawin
c)Sampai dah beranak pinak

3)Agak-agaknya lah,ada tak ibu-ibu yang sanggup bermenantukan gadis genit ni?
a)Ada
b)Tak ada

4)Bila anak-anak diorang dah sekolah nanti,apa perasaan budak-budak tu bila ada budak lain cakap "pergh...body mak ko dulu mantap kot..","peha gebu bai.."?(soalan essay,takde a,b,c) 

Kalaulah, orang-orang Malaysia boleh menerima kehadiran kumpulan ni,tak mustahil 5 atau 10 tahun akan datang,akan ada artis yang buat konsert atau photoshoot pakai seluar dalam macam lady gaga kat bawah ni.


Pilihan di tangan anda.
1) like The Official of Gula Gula
2) like Anti-Gula-Gula

p/s:Aku tak kisah kalau diorang nak memeriahkan lagi industri tanah air ni tapi pakaian tu agak keterlaluan sangat. Tak payah la tiru sebijik sebijik sebab Dato' Siti Nurhaliza bole jer nyanyi lagu iras-iras rentak no body pakai pakaian yang lebih sopan.



layan jap..lagu medley ni..

ok..daa...annoying sayur..

4 comments:

FarhanaDr said...

Hokeyyyyyyyyy.. Tertarik dengan annoying sayur tu.. Haha.. =p

Tak sesuwai kot. Especially tang pakaian tu. Masalah terbesar!!! Aurat!!! Bila dah macam ni, nampak sangat benda ni akan jadi suatu kebiasaan dan satu ikutan. Tak elok tak elok!

qellissa said...

Tak minat Gula2 dan 24:7 x sesswaaiii dressing camtu..ini Malaysia ye..bukan Korea..bad influence for youngster..

wachak said...

mula2 nk komen tapi dah terpesona ngan CT sampai hilang idea .... ha33

selepas 15 minit .....

20 tahun dulu kalau org melayu pakai purdah, org lain tengok biasa jer tapi bila org melayu pakai skirt pendek, org tengok ada ckit pelik tapi sekarang org melayu pakai purdah, org lain tengok ckit ada pelik tapi bila org melayu pakai skirt pendek hingga menampakkan kegebuan peha, tiada lagi kepelikkan sebabnya ianya sudah dibudayakan.

black_mel said...

FarhanaDr :hehe..ader iras2 mcm org korea ckp x?xD..yup2..tak sesuai...kalau ikut nyanyian mybe ok lagi kot..

qellissa :yup..stuju..

wachak :haha..peminat siti rupanya ko ni cak..hehe..xD
Betul jugak ko cakap tu..kalau dulu maybe nmpk pelik..harap2 kita kembali ke budaya asal..