Tengah duduk kat lab tadi,kawan aku share link kat google talk,facebook,yahoo messanger dan macam-macam lagi.Terkejut lak aku,cerita rumah hantu tu tiba-tiba jadi tersangat famous.Sebenarnya, apa yang perlu dihairankan kalau rumah tu berhantu??
Secara tak sedar,ada benda-benda halus yang sentiasa bersama dengan kita,bezanya kita tak nampak dan tak pernah diganggu *mungkin ada yang pernah diganggu. Kita ni sebagai hamba Allah,kita percaya kewujudan perkara-perkara ghaib dan kita sedar kita berkongsi bumi Allah ini dengan makhluk-makhluk ghaib.
Aku tak nak citer pasal kisah Rumah Hantu Seksyen 2 tu,tapi aku nak kongsi dengan cerita-cerita hantu yang sangat fames masa aku duduk sekolah asrama dan kebenarannya?Wallahualam.
Cerita 1:Makhluk berus gigi dengan berus gigi pastu berus gigi tu bertukar jadi pisau dan mulut makhluk tu berdarah-darah.
Cerita 2:Kisah dah ke belum,benda tu tegur masa kita perasan kehadirannya tapi kita pura-pura tidur.
Cerita 3:Kisah pelajar ponteng prep menyorok dalam almari pastu almari jatuh,kepala kena paku.
Cerita 4:Kisah orang ketuk tingkap/atau cakar tingkap dari luar sedangkan bilik korang tingkat 2,3.
Cerita 5:Toyol,curi duit(*standard la duit ilang kat asrama)
Mula-mula aku masuk asrama,aku memang rasa cerita ni ada kebenaran tapi bila aku dah masuk universiti dan aku dengar cerita dari kawan-kawan aku dari sekolah lain,semua jalan cerita hampir sama.Aku ambik contoh kisah pelajar ponteng prep menyorok dalam almari tu.Masa minggu haluan siswa,sembang-sembang dengan budak bilik lain,macam2 versi ada,siap almari kena campak dari tingkat satu pun ada.
Tapi cerita 5 tu,kami penah tangkap orang yang curi duit member2.Budak-budak jahat jenis takleh nak ajar dah. So,cerita toyol tu masa time aku kurang kedengaran.
p/s:Korang penah dengar pasal cerita 1-5 tu tak?
p/s:Apa pendapat korang?
4 comments:
cerita 4 pernah berlaku kat aku waktu sem 1 di upsi. bilik aku di tingkat 4.
pernah dengar cite antu jual karipap kat tingkap hostel tgkat 5..hehehe. menda2 ghaib mmg ade, cuma die x ganggu kte je..dann, mintak jauh la. xmo diganggu..kan
penh dengar cerita 4 tu je..
agak seram jugk..
tp orang jual karipap laa sedangkan dekat tgkat 2,3 mase tu..
2-5 selalu je dengar T_____T
tak sukaaaaaa . cek penakot niehhh . buat beranie jaa mai bc. haiyoo . lagi seram drpd 2-5 pom pena dgaq dah dok asrama tu Y_Y err . 1 tak pena dgaq lg . hehe
Post a Comment