head

Nuffy

Saturday, February 12, 2011

Muka Cantik Tak Guna Kalau Tak Tau Adab Sopan

Hari Jumaat lepas aku dan beberapa orang rakan aku pegi membayar bil internet "paling laju" kat Malaysia.Sebulan RM140.Alang-alang dah pegi bayar bil tersebut kat salah sebuah syarikat "telekomunikasi" terkemuka ni,bayar la skali bil api,air dan lain-lain.

Sampai jer kat sana,macam biasalah kena ambil no giliran.Tengok kat nombor,lagi 19 orang lagi baru turn aku.Tak apa,biasalah kena menunggu ni.Tengah-tengah tunggu ada hamba Allah yang muka dia boleh tahan masuk..Tekan nombor,tengok kaunter kosong terus pergi meluru ke kaunter macam perempuan gila minum todi.Pastu pekerja tersebut tanya,nombor adik ker?..Perempuan tu sengeh-sengeh pandang atas buat pipi kembung2 macam orang tangkap gambar kat facebook tu cakap "nak cepat".

Geleng kepala aku dengan kawan-kawan aku.Perempuan tu mungkin dah kerja sebab dress up dia macam orang kerja pejabat tapi tak kisah la nak cepat ker nak apa ker,tak boleh nak beratur ker?Cuba kalau time dia tengah tunggu giliran tiba-tiba sampai jer nombor giliran dia ada orang potong que dia?Dia marah tak?Sayang muka dengan budi bahasa x match.

Pastu ingat tak cerita pasal makcik depan umah yang anak dia tak puas hati dengan member aku pasal dia tegur budak tu cium2 dekat kawasan perumahan aku?Dengan muka tak bersalahnya dia suruh member aku ajar tusyen untuk anak dia yang nak ambik pmr tahun ni.Nasib baik la kami ni bukan pendendam.Lagi pun tak baik kedekut ilmu.Jadi member aku ni dengan baik hati pun setuju nak bagi tusyen untuk anak dia...Abisss...Happy ending..

6 comments:

Iza said...

Salam...
Dia nak cepat tak bertempat la tu...

Lia3003 said...

kurang asem punya perempuan, nape lah org kat kaunter tu tak halau je..hm, if mel dapat ambil gambar mesti best

oh nudra said...

haihla. memalukan kaum btol

Unknown said...

Nak cepat pun .. jangan la sampai potong giliran. Memang tak patut!

anastasyea's latest post .. Kereta Hampir Terbabas Masuk Longkang ..

faINa989 said...

potong que sangat...grrrrrrrr

amal_fc1303 said...

xda perikemanusiaan btul la pmpuan tu.