head

Nuffy

Tuesday, January 25, 2011

Bukan Salah Ibu Mengandung..Abis Salah Siapa???


Selalu korang dengar bila anak nakal sangat2 orang tua-tua nakal selalu cakap Bukan Salah Ibu Mengandung...Tapi rupa-rupanya ada ayat pengabis dia..

Masa aku beli berger petang tadi ada pakcik tua tu sembang pasal budak-budak sekarang yang merempit,yang mencuri motor dan buat maksiat x kira time..Pastu peniaga tu pun sound kat kawan dia.."Tapi Mat,Bukan Salah Ibu Mengandung,Tapi Salah Bapak Tak Pakai Sarung"(Baru aku tau sambungan dia)..Abislah ketawa berdekah2 pakcik2 kat kedai berger tu..Huh..dasar pakcik gatal(gurau jer..pakcik2 tu memang best)

Ok..berbalik kepada cerita yang berkaitan ngan tajuk tu,Sekali lagi rekod dicipta anak makcik di kawasan kejiranan aku tu kena sound dengan orang sekeliling.Semalam salah seorang anak dia dah kena sound sebab berdating dan bercium ditempat awam,hari ni anak gadis dia pulak yang berdating tengah2 malam depan rumah lak tu.What the fish????Kalau berdating jauh2 aku x sakit mata sangat.Tapi kalau dah bertepuk tampar,pastu gelak-gelak,cubit-cubit manja,what the hell..

Kalau aku atau adik beradik aku la yang kena tegur pasal dating2,cium2 depan rumah tu,silap2 adik beradik aku dah kena "servis kuda" kaki kanan 120 darjah dengan kelajuan kaki 220km/j daripada emak tercinta.Ini mak budak tu boleh jer berdiam diri.

Sebenarnya aku taknak salahkan keluarga 100% dalam hal ni,sebab anak makcik tu pun dah macam kurang sopan,siap pernah tengking2 mak dia,tapi aku rasa pengaruh rakan sebaya yang buat dia jadi macam tu.Lagi 1 sebab dia masih muda(sek.men) so,jiwa dia memberontak nakkan kebebasan.
Tak mengapalah makcik,kami tinggal 1 sem jer kat sini.Lepas ni harap2 anak makcik tak kena pukul dengan orang kampung sudah.Kami dah tegur tapi makcik pun tak hargai.So..peace..

p/s:Kepada si lelaki,korang spm pun tak abis lagi,belajar rajin2 dulu,pastu kawen..kan halal..korang nak peluk cium 24 jam pun takpe..

p/s:Kepada si perempuan,satu benda yang ko kena jaga adalah harga diri.Jangan sampai orang tengok ko dah tak ada harga diri.Depan kami pun korang boleh cium2 kat tempat orang tak nampak wallahualam...

p/s:Satu benda berbangkit bila kawan aku cakap.Sampai ke tua lah ko tak kawen kalau ko nak cari perempuan yang masih dara..Nasib baik yang cakap tu lelaki..kalau perempuan memang teruk dah dunia ni..

p/s:Lupa nak cakap..Gambar tu gambar google..Bukan aku lukis sendiri..Abaikan anjing dalam pic tu..

9 comments:

emieysandra said...

owh..baru tau itu sambungannyer..huhu

molmolla said...

hahahahaha!! sengal okay sambungan kau tu~

BENA said...

terbaek sambungan ayt tuh ! hahaha


mak aihhhh . macam2 dah zaman skg . remaja semakin berani . huhuhu

Cik Cammy Lia said...

gile ah ciumd epan umh? mesti mak budak tu dah penat nak tego kan.g pon ank dia degil sgt kot..tu dia terpaksa diam diri walau muke dh tebal 14inci..kesian makcik tu... rindu my mom :-(

intan izani said...

teruk betul akhlak org sekarang eh.. mak bapak tak hormat, pastu dah takde rasa malu. nauzubillah.

NAJ HEBAT said...

Masih ada yang menjaga harga diri.

Nak cari yg berkuali itu susah. cari aja.

okeh.

jgn salahkan mak yg mengandung, salahkan bidan yg menyambut.

gitu?

tuding jari takkan selesaikan masalah.

pakai sarung. tak pakai sarung.
ah.

Cik Aien said...

kalau pompuan xmelayan, xde laki tu dtg..

kalau laki xberkate manis, xde pompuan tu memberi..

nilah remaja kite kan. sedeynyee

wachak said...

masa dorang tengah wat benda x senonoh tu gi ler serbu ramei2. kasi tazkirah barang sejam dua. Kalau dah kena dua tiga kali tazkirah, insap kot

Einaz Shah Rizal Thomas said...

this is my 1st time read your blog .
juat want to say haiy ;)

from :
einaz shah rizal thomas ;')