Peguam Gobind Singh Deo berkata, ia akan dilakukan dalam masa terdekat selepas mengkaji keseluruhan keputusan Koroner Azmil Muntapha Abas hari ini.
"Kami berpendapat keputusan ini tidak dapat diterima. Walaupun tiada elemen jenayah, tetapi mahkamah bersetuju bahawa wujudnya kecederaan di bahagian leher mangsa sebelum mendiang jatuh dari bangunan itu.
"Persoalan tentang bagaimana Beng Hock mendapat kecederaan itu dan menemui ajalnya, masih menjadi tanda tanya dan mengganggu fikiran keluarganya. Kami perlu mendapat jawapan daripada pihak SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) kerana Beng Hock tidak cedera ketika beliau ke pejabat SPRM, dan mendiang tidak pernah meninggalkan pejabat SPRM," katanya ketika ditemui pemberita di sini.
Azmil yang membuat keputusan itu selepas mendengar keterangan 37 saksi termasuk 12 pakar dalam inkues kematian Teoh, berkata ia adalah satu keputusan terbuka.
Petikan Utusan Online
Dalam kata lain Teoh Beng Hock tak membunuh diri dan tidak dibunuh(mungkin). Mungkin ada melibatkan perkataan "ter" yang membawa maksud tak sengaja.Terjatuh atau termati.Bak kata orang putih Only God Knows.
Kesian aku tengok dengan keluarga Teoh Beng Hock dan aku pasti sekurang-kurangnya keluarga dia mesti nak tau punca kematian daripada keputusan tergantung macam tu jer. Aku pun tak arif sangat pasal bidang-bidang perundangan,jadi kita serahkan kepada mereka yang lebih berkelayakkan supaya ada penyelesaian terhadap kes ini.
9 comments:
ye..bek jgn bagi spekulasi mcm2 pasl bnde y kiter x tahu...
yup..setuju..sebab melibatkan perundangan..
Salam...
Entah la....
erm. betul la tu.
Only God Knows.
hurm.. klu kat dunia org yang bertanggungjwb terlepas, kat akhirat dia xkn terlepas.. IF ni kes pembunuhan la
bukan kes dia je pelik. kes sosilawati ape citer ek?
Sesuatu yg agak misteri..
banyak spekulasi..
dan kepastian yang tak pasti..
P/s: susah mau komen
kematian yg misteri,,
memang pelik juga
Post a Comment