head

Nuffy

Saturday, January 22, 2011

Ayu Raudhah Bernikah Dengan Zaquan Adha



ALOR SETAR - Penyerang skuad Kebangsaan, Mohd. Zaquan Adha Abdul Razak, 23, menamatkan zaman bujangnya setelah selamat diijabkabul dengan pasangannya, pelakon Ayu Raudhah Abu Bakar@Che Wan, 26, di Masjid Sultanah Bahiyah di sini hari ini.
Majlis akad nikah berlangsung pada pukul 3.45 petang disempurnakan imam masjid berkenaan, Mustafa Kamal Abdul Jalil, disaksikan keluarga pasangan, saudara terdekat serta peminat.
"Saya bersyukur kepada Tuhan kerana hari yang saya tunggu selama ini telah tiba... saya rasa ini merupakan detik yang paling indah dan mendebarkan lebih daripada bermain bola sepak.
"Saya berharap perkahwinan kami ini akan kekal bahagia sampai akhir hayat,” kata penyerang pasukan Negeri Sembilan ketika ditemui pemberita selepas selesai upacara akad nikah di sini hari ini.
Hadir sama ibu bapa Mohd. Zaquan Adha, Azizah Arshad, 58, dan Abdul Razak Salleh, 61. - Bernama
Sumber kosmo online
Tahniah kepada mereka,semoga jodoh berkekalan sehingga ke akhir hayat.Terkejut jugak mula-mula baca berita walaupun memang dah tau mereka berdua ni pasangan yang terhangat dipasaran.

Lepas ni makin ramailah pemain-pemain bola sepak berkahwin dengan artis.Maklumlah,stamina diorang ni kan tinggi.Harap lepas ni permainan Zaquan Adha akan bertambah meningkat sebab dah bersama orang yang tersayang.

p/s:Gambar tersebut merupakan gambar google.

4 comments:

missgee said...

Selamat pengantin baru..
wah..pasni dah "sah" ayu raudhah bleh
arr makan semeja ngan Rita Rudaini :P

ENCIK TIKUS said...

pehh untung jadi orang hensem

Cik Aien said...

:) hoi hoi! akhirnyee bernikah hehe

Redbloodsnow said...

lawa kan n meriah giler kan majlis dorg :)