head

Nuffy

Sunday, December 12, 2010

Pertandingan Kira Jumlah Iklan di TV3

Bangun jer pagi tadi pukul 5 pagi terus pegang buku kat sebelah, tiba-tiba baru teringan exam dah abis.Rupa-rupanya alarm tak set lain.Tutup buku balik sambung tidur.

Balik jer makan malam,aku pun bukak la televesyen dan semestinya channel pilihan aku adalah TV3 dekat dihati(sebab tv3 jer yang clear).Jam menunjukkan pukul 10.Owh,rupa-rupanya ada cerekarama kat TV3.Lakonan Eizlan Yusof,Elly Suriati dan ramai lagi.Cerita boleh tahan.Aku rasa boleh lawan filem 2 alam tu kot.

Tapi aku bukan nak cerita pasal cerekarama tadi yang bertajuk "Dimanakah Isteriku" tapi aku nak cerita peraduan mengira jumlah iklan semasa berlangsungnya cerita cerekarama tersebut.Agak-agak korang, berapa banyak iklan yang ditayangkan setiap kali commercial break?

Untuk pengetahuan korang,3 kali commercial break semasa berlangsungnya cerekarama tersebut adalah lebih kurang 14, 16 dan 18 iklan yang ditayangkan.Lebih kurang lah,kalau aku tersilap kira pun 1,2 iklan jer terkurang atau terlebih.Jadi anggaran purata tak rasmi sekiranya iklan tadi adalah 15-16 jumlah iklan.Patutlah aku rasa iklan kat tv3 terlampau lama sangat.Rupa-rupanya sampai 18 iklan dia tayang masa commercial break.

Kita semua paham,iklan-iklan tu jugak salah satu cara untuk tv3 menjana pendapatan.Tapi banyak sangat kot sampai 18 iklan.Siap boleh masak megi ngan air milo pun tak start cerita balik.Apa-apa pun,terpulang,remote ditangan anda.Time iklan,tukar jer channel lain.

p/s:Angka tersebut bukan mewakili setiap kali commercial break.Sebab kalau waktu kemuncak macam time berita jam 8 malam,tak banyak iklan aku rasa.

7 comments:

NAJ HEBAT said...

bersengkang mata.
bertongkat mata guna batang mancis.
kira adv..

hailaahh..

baik aku ngadap buku bio. keh keh keh.

BENA said...

haaaaa tau xpe ! nak pulak kalo cerita sambung2 petang . nak kasi abes tu . bantai iklan banyak . cerita konon 2.30 - 3.00 . tapi cerita 15 minint jek sebenanye ! heeeee~

IxoR@ said...

betul!

banyak iklan... goreng telo mata kebau pun sempat lagi....

reti2 la tukar chanel bila iklan kan...

:)

Fathiha Zainal said...

Mel, 1 je kesimpulan. Iklan TV3 mmg melampau. Kalau cerita 5 minit, iklan 10 minit! So, marilah ramai2 tgk iklan kt TV3, bukan tgk cerita. Huhu!

syafiqsulaiman said...

aku pon bengang gak..
terlalu banyak iklan ar..

smpai bleh hilang mood tgk movie...
tapi nak buat macam mane..
kita hanyalah pengguna percuma..

syafiqsulaiman said...

aku pon bengang gak..
terlalu banyak iklan ar..

smpai bleh hilang mood tgk movie...
tapi nak buat macam mane..
kita hanyalah pengguna percuma..

Titanickaram said...

Iklan TV3
--------
setiap 10 minit cerita, lepas tuh iklan 5 minit. setiap 10 minit cerita, lepas tuh iklan 5 minit.

senario nih berpanjangan sampai habis cerita.


Iklan TV2
---------
setiap 15 minit cerita, lepas tuh iklan 2 minit. setiap 15 minit cerita, lepas tuh iklan 2 minit.

senario nih berpanjangan sampai habis cerita.