head

Nuffy

Saturday, December 11, 2010

Agak-Agak Kenapa Kereta Ada Lampu Signal?

gambar google


Ada persoalan yang aku timbulkan kat tajuk aku kat atas tu.Kenapa kereta atau kenderaan ada lampu signal? Tak mengapa,biar aku yang jawab.Sebab ada lampu signal tu adalah memberi isyarat kepada kereta di hadapan atau dibelakang yang korang akan membelok ke kiri atau ke kanan.Ini yang utama,yang lagi satu bila memotong kenderaan lain pun kena bagi signal.

Aku rasa bukan susah pun nak bagi signal.Bukan suruh korang keluarkan tangan kat tingkap tu pastu goyang-goyang sikit baru membelok tolak jer benda alah tu kat atas ker kat bawah ker dah boleh dah.Lagi satu,nak bagi signal tu bukan bagi masa dah betul-betul dekat dengan simpang.Bagi la jauh sikit daripada simpang tu.

Aku bila tengok pemandu yang belok tak bagi signal ni aku rasa macam diorang dah letakkan dalam otak pemikiran diorang,kalau membelok bagi signal tu untuk driver newbie atau drive noob jer. Jadi untuk pemandu yang dah memandu lama ataupun yang dah terer tahap dewa ni tak payah bagi signal.

Tolong lah ubah pemikiran tu sebab menyusahkan banyak pihak.Termasuk orang yang naik motor macam aku ni. Walaupun aku ada kereta macam gambar google kat atas tu yang nama dia Lamborghini Murcielago tu, aku tetap bagi signal jugak.Tapi aku low profile so bila jalan dekat-dekat pakai ex5 5 bintang jer.Tengah bawak motor elok-elok tiba-tiba jer kereta tu berhenti sebab nak membelok.Aku rasa macam nak pecahkan jer lampu signal dia.Tapi mungkin signal dia rosak kot sebab tu dia membelok tak bagi signal.

p/s:Kadang-kadang sifat manusia ni susah nak diramal.Suka sangat melanggar peraturan.Kalau had laju 110km/j terhegeh-hegeh nak bawak 120km/j.Baik bawak 180km/j jer sebab harga saman sama jer.Alang-alang nak kena saman biar puas hati.Macam tu jugak dengan lampu signal ni.Saja jer nak langgar peraturan membelok tak bagi signal.Kalau rasa dah hebat sangat cuba belok jangan pusing stering.Baru terer.

6 comments:

Anisa Hang Tuah said...

ade je org susah nak bagi signal
rase nak hempuj jee ..

NAJ HEBAT said...

ala.. jgn lah marah. kete aku still bertampal 'P' tande nye 'pro'.. keh keh keh.


sabare. berhati2 di jln raya. beware of lembu melintas.

tiha said...

betul pantang betul kalau org membelok atau masuk simpng x bagi signal....

Cik Aien said...

JPJ salah bg kelulusan kat depa!

missgee said...

Sentiasa menggunakan
lampu signal dengan berhemah..
Demi keselamatan semua..

Sekian, terima kasih..

hehehe

BENA said...

ahahahaha . kalo belokjangan pusing stereng . tu terbaek la blackmel. heehehe. drif terus !


bena takut naek moto . sebab bile de kete kat blakang pastu bena pulak nk belok . gelabah abes ! heeee~