head

Nuffy

Wednesday, October 20, 2010

Masuk Kandang Kambing Mengembek

Orang tua-tua cakap masuk kandang kambing mengembek.Mungkin ramai yang terlupa tentang pepatah tersebut.Budak-budak sekarang ni susah nak cakap.Pesta konvo baru jer melabuhkan tirai minggu lepas dan sempat jugak aku pergi ke beberapa aktiviti anjuran kelab-kelab kat dalam kolej aku antaranya Battle of the Band,Auto Show,Gerai-gerai jualan dan beberapa lagi aktiviti.

Masalahnya ialah bila beberapa pengunjung luar yang terlupa diorang sedang berada didalam universiti dan bukannya litar lumba ataupun taman bunga.Mula-mula aku pegi auto show,aku tengok dress up masing-masing langsung tak boleh tahan.Yang perempuannya dengan baju sendat dan seluar ketat dan yang lelaki pulak dok berkepit jer 24 jam.Come on la,orang lain pun bercouple jugak,yang korang dok main cubit-cubit,tepuk-tepuk bahu,tarik-tarik hidung ingat orang cemburu ker.Orang menyampah lagi adalah.Tapi aku suka tempat auto show jugak sebab kereta-kereta yang bertanding memang cantik dan sound system diorang leh pecah gegendang.

Pastu aku dan beberapa kawan aku pun berjalan kaki untuk ke gerai jualan.Masa nak lintas jalan,lalu sebuah kereta kenari dengan lajunya dan sound system yang agak kuat.Tapi bunyi pecah sikit,hairan aku dengan sikap pemandu tersebut.Kalau rasa sound system tu sedap sangat,keta tu macho abis,pegi la masuk auto show.Kat sana pasang lagu sampai pecah gegendang pun orang tak hairan.Menunjuk tak kena tempat.

Esok lak,aku pegi pulak tengok battle of the band,macam biasalah ramai mat-mat rock yang datang.Dalam banyak-banyak orang yang datang,aku tengok sekumpulan budak-budak yang masih sekolah dok melepak kat longkang dekat dengan stage,lepak kat longkang aku tak kisah tapi bila aku tengok jer kat jari masing-masing pegang rokok, terlupa ker dalam kawasan universiti mana boleh hisap rokok.Itulah bila orang tua-tua cipta perkataan "Masuk kandang kambing mengembek" mesti ada sebabnya. Sebabnya ramai yang terlupa nak jaga tatasusila bila berada di tempat orang.

p/s:Ada jugak beberapa pelajar universiti sendiri yang tak ikut peraturan tapi buat apa ikut benda yang tak elok.

p/s:Terima kasih kepada yang memberi pandangan pada entry yang lepas.Sangat-sangat menghargainya.

7 comments:

'AQILAH said...

convo :)
itula, kdg2 terlupe...dah pergi kat tempat org, buat care mereka :)

baju sendat..tak manis, keep reminding myself.. :)

aNiSa hANg tUaH said...

pesta konvo best tapi memenatkan
skandal konvo di uthm kali ni
;P

mello said...

bese la bro.. nk hentam lebih2 kan dorang hentam kite blk.. ak pegi pesta konvo ibarat pegi tmpat cuci mata je..

hBz said...

cakap orang. dengar cerita hang siap kena pi kem bina sahsiah sabtu ni. kes kena tangkap time pesta konvo aritu. apa cer?

AyuZ DeathWisH said...

abeh tu ko mengeVOOOOOOM la ea?

Fathiha Zainal said...

Siyes x paham dgn org yg x reti jaga tatasusila bla di tmpt org. Ssh sgt ke nk buat ek?? Huhu..

ribena.illina said...

budak2 tu nk tunjuk otai la tu masuk tempat orang kan. blackmel n de geng tak tego2 ke? heee~