head

Nuffy

Sunday, October 10, 2010

Baru Senang Sikit Dah Berlagak

Sebelum aku menulis dengan panjang lebar,aku nak mintak maaf terlebih dahulu sekiranya cerita ini ada kena mengena dengan sesiapa sahaja yang membaca entry ni.Ini hanya kebetulan dan memang aku tak bercerita tentang orang-orang yang membaca blog aku.

Bermula semasa si anak ini masuk sekolah asrama,setiap 2 minggu sekali datanglah ibubapanya ke sekolah tersebut bawak bekalan dan makanan untuk anak tersayang.Maklumlah,anak dapat masuk asrama memang ibubapanya rasa bangga sangat.Si anak ni pulak setiap kali musim peperiksaan dia akan menelefon ibunya mintak ibunya berdoa supaya dia dapat menjawab peperiksaan dengan tenang dan semoga dia lulus cemerlang.

Hasil dari berkat usaha si anak tersebut dan doa yang tidak putus-putus daripada orang tuanya maka berjayalah dia dengan cemerlang.Seronok orang tuanya tidak terkata kerana anaknya berjaya dengan cemerlang didalam peperiksaan SPM.Si anak ini seronok tidak terkata.Keputusan yang cemerlang tidak menyukarkannya untuk memohon menyambung pengajian di Institut Pengajian Tinggi Awam.

Alhamdulillah,pengajiannya di IPTA tidak menghadapi banyak masalah.Namun seperti biasa,setiap kali peperiksaan si anak ini akan menelefon ibunya memintanya berdoa supaya dia lulus dengan cemerlang.Maka bangunlah siibu dan sibapa ini setiap awal pagi untuk solat hajat dan berdoa untuk anak tersayang.Tak mengapalah si ibu dan si bapa tidak dapat tidur yang cukup demi anak tercinta.

Sekali lagi berkat dari kesungguhan si anak ini dan doa yang tidak putus-putus oleh ibu dan bapanya,si anak beroleh kejayaan dan dengan keputusan yang cemerlang,si anak ini diterima bekerja dengan kerajaan. Namun,si anak berubah apabila sudah dapat wang hasil usaha sendiri dan apabila berjauhan dengan keluarga.Si anak semakin berlagak.

Pernah satu hari apabila orang tuanya kesempitan kewangan,ibunya menelefon si anak untuk meminta bantuan anaknya namun kata-kata yang keluar dari mulut sianak membuatkan ibunya demam dan tidak lalu makan selama seminggu.Masih terngiang-ngiang kata-kata si anak "Asal telefon jer mintak duit" membuatkan ibunya tidak lalu makan,demam dan tidak dapat tidur dengan lena.Anak yang diasuh dan dijaga sebaik mungkin mengeluarkan kata-kata tersebut kepada orang tuanya.

Aku cuma mampu berharap si anak ini sedar sebelum terlambat.Kejayaan  yang cemerlang dan pangkat yang besar tidak mampu menjamin kebahagian diakhirat sekiranya kita menderhaka kepada orang tua kita. Jangan nanti bila orang tua kita dah tak ada barulah nak meraung dan meminta maaf menyesali perbuatan yang telah kita lakukan.

p/s:Hidup umpama roda,kesenangan yang diberikan adalah milik Allah.Sekali Allah tarik balik nikmat yang diberikan,tersungkur kita.

p/s:Kaya macam mana pun,tinggi macam mana pun pangkat kita,jangan menderhaka kepada orang tua kita.Syurga di telapak kaki ibu.

p/s:Diadaptasi dari cerita sebenar.

9 comments:

molmolla said...

Emmmmmmm :(

FarhanaDr said...

Jangan bila time kita tersedar, masa tu dah tak ada gunanya..

hBz said...

itulah donia..aku ada kenal sorang yang lebih kurang macamni.walaupun tak 100%

Peminat Katie Holmes said...

ingat satu sahaja.
bila2 nikmat allah boleh tarik.

taqie said...

kurang aja tu.. mmg tak sedar diri..mga allah bg hidayah pd dia

yott said...

tak baik ckp mcm tu kat emak ayah kita..dosa tu
kena igt selalu jasa dan pengorbanan mereka melahirkan kita, bg mkn, pakai,sekolahkan..
jasa ibu bapa kita tak ternilai hrg nya.

wachak said...

emm ... kisah si tanggang moden. ada
lagi yg berperangai macam ni erk ...

ribena.illina said...

emmm. memang ade kisah macam ni skg . depan mate bena pon ade . huhuhu~

Langit Pertama said...

Teringat zaman blaja, Bila kol ibu minta duit, ibu cakap, "okey, nanti ibu masukkan." Esok trus ada duit dlm bank. Tak penah skali pn ibu mengeluh atau merungot time aku minta duit...

Tp nape bila kita dh mampu, kita mengeluh plk bila ibu minta duit.

Makcik penah citer, time dia nk lahirkan anak tu, time tu dia cuma fikir nk lari cari nenek dan minta ampun. Sbb dh rasa camne sakitnya nenek lahirkan dia...