head

Nuffy

Sunday, October 10, 2010

Perginya Insan-Insan Istimewa

Semester ini berlaku kejutan demi kejutan di universiti aku dan secara tidak langsung membuktikan,ajal tak akan menunggu walau sesaat.Bermula dengan pemergian pensyarah yang berkaliber fakulti aku.Pemergiannya benar-benar mengejutkan ramai pihak kerana beliau masih muda dan sihat.Pensyarah tersebut merupakan panel aku semasa aku membentangkan Project Sarjana Muda aku semester lepas dan dia tidak hanya menanyakan soalan,tapi memberi contoh dan juga idea.

Hari ini pula dikejutkan dengan pemergian seorang insan istimewa yang merupakan classmate aku.Kami semua tahu dia memang ada penyakit dan dia mempunyai kelemahan dalam pembentangan assignment.Dia mempunyai masalah pertuturan yang kurang jelas akibat daripada penyakit yang dihidapinya tetapi,Allah mengurniakan dia akal yang sangat pintar.Dia mempunyai daya ingatan yang sangat baik sehingga kami menggelar beliau skema jawapan kerana ketepatan jawapan setiap kali test atau quiz.Sayang sekali kerana kami hanya tinggal dua semester sebelum bergelar graduan.

Namun,Allah lebih menyayangi mereka berdua.Perginya mereka dalam usia muda meninggalkan nama yang diingati disebabkan kebaikkan.Selagi kita bernama manusia,kita adalah insan yang tidak sempurna dan terdetik juga rasa terkilan aku disebabkan aku tak sempat memohon maaf kerana mungkin dia tidak suka gelaran "skema jawapan" tersebut.Aku cuma mampu sedekahkan Al-Fatihah kepada beliau.Semoga mereka ditempatkan bersama golongan orang-orang beriman.

8 comments:

taqie said...

al fatihah..moga rohnya ditempatkan dlm golongan org yang soleh ..amin :)

ribena.illina said...

al-fatihah. moge mereka berdua di tempatkan golongan2 yang baek. =)

FarhanaDr said...

Al fatihah.. KepadaNYA kita kembali..

hBz said...

aku tau hang sedih. kawan baik hang tu. al-fatihah!

intan izani said...

al-fatihah

blogsyarih said...

al-fatihah. semoga allah merahmati rohnya.

hamzah ian said...

alahai..

Cik Ayen said...

al-fatihah ...