Kalau pelajar ponteng kelas,nanti terpaksa bagi surat tunjuk sebab lah,kena bagi surat mc lah atau kalau kehadiran tak cukup 80% tak boleh ambik final.Terbaik dari ladang betul undang-undang universiti ni kan.Kalau sakit demam pegi Pusat Kesihatan Universiti punyalah susah nak dapat MC.Jadi sebagai pelajar yang berdedikasi tinggi dan berdisiplin,terpaksalah pergi jugak kuliah walaupun sakit-sakit dan walaupun hari hujan lebat.Basah-basah masuk kelas.
Tapi masalahnya apa yang perlu kita buat kalau lecturer yang selalu batalkan kuliah?Kuliah selalu cancel tiba-tiba ada test.Whutthefish.Aku bukanlah rajin sangat,kalau satu sem tu cancel 2,3 kali kira orite la tu.Campur ponteng sendiri tak la rasa banyak sangat.Ini kuliah ada lagi sikit dari kuliah tak ada,cuak jugak aku nak jawab exam nanti.Dah la subjek killer-killer, memang die la aku nanti.
Tapi kes-kes kuliah selalu batal adalah kes-kes terpencil dan jarang-jarang berlaku.Yang selalu berlaku pelajar ponteng kuliah.Ini normal.Yang tak boleh belah ni anak professor pun kaki ponteng. Benarlah apa Raihan cakap"iman tak dapat diwarisi".Bapak baik anak belum tentu baik.Harap-harap dia tak baca sebab yang dia bukak ada dua jer WOW dengan DOTA. Ponteng la puas-puas selagi boleh ponteng,nanti dah kena repeat nangis tak berlagu la..
9 comments:
haaa bena penah kene time sem 2. asik cancel klaz jek lect tu. tp nk exam die bg hint2. last2 SATU HABUK tak masuk lam final exam! time tuh la teruk gile! arhhhhhhhhh~
ala dulu
time sign attendance tu
ramai org pakat tolong sign kan
selalu je tak nampak muka
tapi kedatangan full
tapi kes lecturer cancel class
biasnye lecturer akan sms kat few student
suh spread the news..
jgn contohi bnda yang mendatangkan kerugian! ok!!
Kih kih kih.. Mendalam betul kata-kata iman tak dapat diwarisi.. Dan sangatlah tepat..
haaa..tau xpe, iman memang tak dapat diwarisi. itu la yg terjadi skg..anak pak imam blom tentu lagi perangai cam pak imam..huhuu
betul. time belajar ni belajar la betul2. aku dulu zaman belajar, susah. mana ada aircond mcm korang sekarang. tapi semangat belajar ni kena ada. tak kisah la campak dalam sungai pun, nnt automatic tetap baca buku. pg class la paling baik. ilmu yang lecturer bg tu, 'mahal'! k. korang masih 'muda', belajar la elok2. nanti dah besar, dah jadi orang yang berjaya macam aku, senang hidup.
Kalau hujan pakailah payung.
sllu ponteng klau sakit je la.. haha
ponteng ni mmg best TAPI sgt la x elok diamalkan..nnt jd habit ssh nak buang..
Post a Comment