head

Nuffy

Thursday, October 7, 2010

Siti Kelembai Komedi Ringan


Drama Siti Kelembai yang ditayangkan setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 4.30 petang agak menarik untuk ditonton sambil minum petang.Lakonan mantap Norliana Samsudin (Yana Samsudin) dan Fizo Omar dan pelakon berpengalaman Eizlan Yusof dan Yasmid Hamid menjadikan cerita tersebut agak menarik.Paling menarik lakonan Hadri Syafrien melakonkan watak Pak Su yang juga merupakan pelakon Epilong Syurga Cinta banyak berubah.Kalau dalam Epilog Syurga Cinta rasa macam nak tutup jer tv kalau tengok dia berlakon tapi,dalam Siti Kelembai agak menarik.Mungkin dia sesuai dengan watak lelaki bisu.

Berbeza dengan mitos asal Sang Kelembai yang dikatakan cuma boleh menyumpah orang jadi batu,dalam drama Siti Kelembai ni banyak berubah.Dialog sepontan dan memek muka Yana Samsudin(Siti Kelembai) memang kelakar.Aku rasa dia ni mampu pergi jauh.Jangan meletakkan harapan yang tinggi atau sekiranya korang rasa nak belajar cerita sejarah pasal Sang Kelembai aku rasa cerita ni tak sama dengan dongeng asal.

Apa-apapun,drama ni dah menjadi drama harian aku dan housemate aku.Cuma aku rasa waktu tayangan dia pada pukul 4.30 petang kurang sesuai.Bayangkanlah member aku ponteng kelas semata-mata nak menonton cerita Siti Kelembai ni.Begitu kuat sekali tarikan drama ni.

Kepada sesiapa yang belum menonton,sekarang ni tengah klimaks.Korang masih boleh faham lagi jalan cerita dia kalau korang terlepas episod-episod awal.Kalau rasa tension-tension takde hiburan petang-petang,aku sarankan korang tengok cerita ni.Menarik dan penuh dengan mesej tersirat.

7 comments:

hBz said...

best ke? macam noob je nama cerita ni. hurm..ape2 la hang ni mel 1221~

fndrocka said...

Tak boleh menandingi lakonan pelakon drama.chinta dan qabil habil.ehek

¶A.K.I¶ said...

ler kan ad cete ni kat tb9 kol 8.30 mlm.. xyah laa smpai ponteng kelas ptg~ cess... pdhal mmg nk ponteng

NAJ HEBAT said...

tak penah tau pon kewujudan dongeng kelembai,


aku tau citer cinderalla, sleeping beauty, snow white je.. ngan red riding hood..


la~la~la

p/s: aku nak jadi mem besar la sayang dlm rumah tu.. bukan maid. darjat aku tinggi..
haih!

aNiSa hANg tUaH said...

menarik (:

FarhanaDr said...

Hihihi.. Tengok gak satu dua episod awal2 aritu.. Mmg lain dengan kelembai yang asal.. Tapi cite dia not bad.. :)

ribena.illina said...

bena pon layan cte ni kadang2 . heee~

sbb suke tengok Fezo. sbb muke Fezo cm ank buah bena. HEHEHEHE~