head

Nuffy

Sunday, September 5, 2010

Jalan Bapak Kau Ker?






Aku nak tanya kepada orang-orang yang menggunakan no plate Singapore tak pasti warga Singapore atau tak,korang rasa-rasa jalan raya kat Malaysia ni jalan bapak kau ker?Tengok gambar kat atas tu?Ada nama bapak kau tak?Walaupun tak semua,tapi daripada 20 bijik kereta yang lalu tu aku rasa 16-17 bijik conform tak ikut peraturan had laju yang ditetapkan.Lagi satu slumber jer korang campak sampah atau tisu keluar dari kereta korang.Ingat jalan Malaysia ni tong sampah ker?

Setiap kali aku nak balik Kuala Lumpur mesti timbul masalah-masalah ini.Setiap kali cuti jer,korang datang Malaysia bershopping.Aku rasa kerajaan patut saman kereta-kereta Singapore ni ikut dollar.Jangan ikut Ringgit Malaysia.Lain kali kalau nak berlumba,lumba kat negara sendiri.Kau eksident ker,apa-apa nak jadi ker kalau kat negara Singapore tu kami tak la kisah sangat.Ini kalau dah eksiden langgar kereta orang-orang Malaysia yang berdedikasi ni kan susah.

Bukan marah korang nak datang Malaysia tapi ikut la peraturan.kalau kat Singapore tu elok jer korang bawak kereta,apa salahnya ikut kelajuan yang ditetapkan kerajaan Malaysia.Kat negara korang pandai jer korang jaga kebersihan.Tak boleh ker amalkan benda yang sama kat Malaysia?Terbukti korang belajar dengan undang-undang tapi bukan adab dan budaya.

Tak ikut peraturan had laju dan buang sampah keluar dari kereta tu bukan kereta Singapore jer yang buat,kereta Malaysia pun bersepah tapi aku cakap sebab korang tak buat benda tu kat Singapore tapi korang buat kat Malaysia.Nasib baiklah orang Malaysia ni bukan macam orang Indonesia yang suka buat demonstrasi dan bakar bendera.Kepada warga Singapore yang suka bawak laju dan kalau terbaca entry aku ni,aku doakan entry aku ni bukan benda terakhir korang baca.

Semua nak raya cuma dan semua nak bershopping tapi jangan sampai korang tak sempat pakai barang yang korang beli.

p/s:Kepada warga Malaysia yang bawak laju-laju tu,cakap pun tak guna,tembak pun tak kena.Korang bayar jer la kompaun RM300 tanpa diskaun tu.Sekali skala korang buat amal jariah kan.

10 comments:

Lia3003 said...

tambah lagi satu, bila jalan jem, sebuk nak cilok2, then, bila tak dapat cilok, dia hon hon kete depan suruh tepi.; sangat vodoh... saya geram sangat tengok, bersabar lah sikit..ingat jalan bapak dia ke?

Anne Aziz said...

sy yg dok dkat selatan johor,tiap2 hari mghadap org sgapore bwk kete,mmg saket hati.ha yg buang smpah kat luar tgkp tu lg la mnyirap darah tgk

wachak said...

Nak kata semua tak adil kan tapi
kebanyakkan nyer berperangai macam
tu. Tak de kesedaran civik. Hampeh !!

intan izani said...

bende ni dah selalu main dalam kepala
mmg geram tgk diorg ni
bawak laju kemain
tahulah bawak kete besau2
menyampah kdg2

y@n@ M!B said...

ayah aku br lepas byr saman tertunggak dr awal thn lepas..mmg xde diskaun skrg..ampeh tol..hehh~

err aku mmg suka bwk kete laju²..hehehe ^_^

molmolla said...

diorang bawak kete laju gilaaa. agaknya kalau kat singapore tak cukp tanah kot~

aNiSa hANg tUaH said...

yela awak..
nis duduk kat jb..selalu saje nmpk org singapore cmtu
heee

White Bird said...

mungkin depa ingat jalan bapak dia kot..

kete depa dah la besaq2,canggih manggis gitu

hans said...

sabar2
tapi memang betul
lagi satu kereta kalau plat dari Siam/Thailand
bawa macam pelesit
itulah
kerajaan Malaysia nih lembut
orang luar memang berani pijak kepala kita sebab tau undang2 ada tapi xjalankan

P/S : Aku Maluuu

ribena.illina said...

tu la pasai
kalo kat negara die agaknye slow n stedy jek bawak
ntah2 bawak cm sopan santun gtu
dtg msia lepas geram!
huh!