head

Nuffy

Monday, September 6, 2010

Iklan Kontroversi di Tarik Balik dan Permohonan Maaf TV3

TV3 had withdrawn its Hari Raya Aids which was aired since last Friday.The action was taken on Saturday after taking into account all the feedbacks recivied from out beloved viewer.We would like to apologize to our viewer who felt offended by the advertisement-TV3 NIGHTLINE

Setelah  mencetuskan kontroversi dengan iklan Hari Raya Aidilfitri yang mempunyai unsur-unsur perayaan krismas,TV3 akhirnya telah menarik balik iklan Hari Raya Aidilfitri yang mencetuskan kontroversi dan memohon maaf secara terbuka,jadi aku harap lepas ni tak ada lagi iklan-iklan yang menyentuh senstiviti mana-mana kaum.Kepada TV3 dan Media Prima aku ucapkan terima kasih kerana peka dengan isu-isu sensitif ini.

Aku tak nak letak iklan tu kat sini sebab TV3 pun dah menarik balik iklan tersebut.Pendapat peribadi aku, mungkin kali ini TV3 terlepas pandang isu-isu yang sensitif.Apa-apapun setiap kali perayaan aku tetap suka iklan yang dihasilkan oleh TV3 dan Petronas.Kadang-kadang iklan TM pun agak menarik.  

Sempena hari baik bulan baik ini,janganlah kita panjangkan isu iklan ini. Setiap manusia melakukan kesilapan dan tidak terkecuali orang-orang yang bekerja disebalik tabir pembikinan iklan tersebut.Lagipun,bermaaf-maafan kan sifat yang mulia.Jam pun dah menunjukkan 12.26,waktu aku melelapkan mata.
Sekian.wasalam.

p/s:Penat aku type words tu masa dia gerak-gerak kat berita nightline.>,<

13 comments:

aNiSa hANg tUaH said...

hmm
yang pentingnye diorang dh mintak maap
dan..
harap2 tak kan ade lg perkara cmni lepas ni

tidur tidur

selamat bermimpi indah!

nn said...

haih. tak tau pun iklan tu wujud sebab tak tengok tv. huhuhu. tapi memang part tulisan jawi terbalik tu agak kontroversi. yang lain-lain tuu... wallahualam.

wong ah ian said...

tapi aku rase iklan TnB paling syok..haha

Mario said...

tula...pelik betul...dorg tak terfikir ke menda tu sblm siar or dorang ingat kita akan suka...

Lia3003 said...

tp org tv3 b4 publish iklan tu, tak terfikir ke? tak kan lah x perasan dari awal.. x ke pelik?

~amalina~ said...

aah pernah tngok jgk aritu iklan tu..yg macam terbang2 kat udara looks like santa caluse sedang terbang dengan rusanyaa..terkejut jgk memula..eemmm bagus la tv3 dah tarik balik an..:P

intan izani said...

nampaknye org dalam patut lebih peka lagi.... tapi mujur ditarik balik..

yott said...

iklan tu idea sapa?
tapi takpe la mcm tn blog kata jgn pnjg2kan..
tv3..next time
nak kreatif pun agak2 lah..

White Bird said...

sepatutnya kaji,selidik dulu sebelum siarkan sesuatu iklan tu

¶A.K.I¶ said...

mse dia gerak2 kat berita nightline??
heh~

slmt hari rye mel~
maaf zahir dan btn ye

taqie said...

haha.. tpi dapat gak settle type.. :p
slmt ari raya mel..blk kmpgggg

Linglung said...

biarlah..kalau dah tarik balik tu bagus le..sedar jugak mereka

jijie said...

dapat tgk iklan ni sabtu lepas. hari ni da tak dapat tgk da.kalau tak disingkap pun sekali imbas tgk da terasa lain macam skit.