Semalam aku dikejutkan dengan berita sedih oleh seorang sahabat yang telah aku kenal semenjak tahun 2000.Tiba-tiba dia ym aku mengatakan dia baru jer beli kereta baru.Memang aku tak jangka dia akan beli kereta baru sebab dia akan melangsungkan perkahwinan pada hujung tahun ini.Mesti ada sesuatu yang tidak kena.
Akhirnya terbongkarlah cerita yang ibu bapa dia baru jer bercerai dan dia tak jadi buat kenduri kahwin,dia cuma buat kenduri kecil-kecilan jer.Untuk hilangkan sedih,dia pun beli kereta vios trd sebab dia taknak memikirkan masalah yang timbul.Aku pun belum tahu kesahihan berita yang aku terima ini disebabkan benda yang sampai dari mulut kawan aku ni susah nak percaya.Kalau ada 10 yang dia cakap,nak percaya satu pun susah sebab dia ni memang suka bergurau.Tapi kalau dipikirkan balik,takkan dia nak mainkan hal-hal penceraian ibu bapa dia.
Perancangan awal aku,aku nak balik lambat ke penang,tapi aku nak kepastian tentang cerita dia,aku akan balik secepat mungkin ke penang selepas hari raya kedua atau ketiga.Aku dah lama kenal dengan keluarga dia dan aku pernah tidur dirumah dia,tapi tak sangka pulak rupanya mendung ditengah hari.
Kepada sahabat,
Kalau betullah apa yang berlaku,berat betul dugaan kau.Keluarga berpisah tatkala Syawal bakal menjelma dan tatkala kau akan melangsungkan perkahwinan pada hujung tahun ini. Aku harap apa yang kau cerita malam tadi bukan satu kenyataan.Tunggu aku balik penang bro.
10 comments:
harap kawan tu banyak2 bersabar kalau btl cerita tu..mmg sukar ujian sebegini..tp Allah maha mengetahui segalanya..setiap berlaku banyak hikmahnya.
dugaan tu penghapus dosa..
moga kawan mel kuat..
kesiannye diee
hmm
semoga die akan sentiasa tabah
cerita kawen ni bukan mudah..
ujian buat dia....
kereta vios. gud3
dugaan byk menimpa die
so black mel kne kasi semangatt kat die k.=D
sabar je la..
Salam...
Harap dia sabar atas segala dugaan
hope kawan kau bersabar dengan dugaan tersebut..
Post a Comment