head

Nuffy

Saturday, September 11, 2010

Bila Budak-Budak Dah Kaya

Hari ini hari raya ke dua dan macam biasa,aku telah kembali dari kampung.Raya kali ini ada sesuatu benda pelik yang berlaku dan aku rasa kanak-kanak juga sudah tidak merasakan kemeriahan sambutan hari raya.

Situasi pertama:

Si abang:adik,pak usu bagi duit raya.Nah ambik la.
Si adik:taknak la.abang nak abang ambik la.
WTF!!!..budak-budak dah pandai tolak duit raya.Si abang berusia 14 tahun,Si adik berusia 11 tahun.


Situasi kedua:

Pakcik:Adik..nah duit raya.Pakcik baru keje,jadi tak dapat nak bagi banyak2.
Adik:(bukak sampul tengok ada RM2)pakcik taknak lah,pakcik ambiklah.
WTH!!!!..budak yang berbeza menolak duit raya.

Geleng kepala aku tengok budak-budak sekarang.Baru sekolah rendah dah tolak duit raya.Aku dulu masa kecik-kecik,tuan rumah bagi 50sen pun aku dah seronok sangat-sangat walaupun masa tu,rata-rata orang-orang kampung bagi aku RM1.

Dah kurang aku rasa situasi kunjung mengunjung rumah orang-orang kampung.Antara aktiviti-aktiviti budak-budak sekarang musim perayaan,bukak laptop tengok movie,main game psp,duduk kat umah makan kuih raya.

Satu jer aku rasa penyebab utama diorang tak suka berjalan-jalan cari duit raya.Sebab utama adalah kebanyakkan ibubapa dah berkemampuan dan duit poket hari-hari yang ibubapa mereka bagi lebih banyak dari duit yang dapat dikutip dari rumah ke rumah.

p/s:Aku dah kembali..korang bila lagi..

6 comments:

Scya LollitA said...

betul2 . zman kite bdak2 dlu sronok btol dpt duet syiling singgit kale emas tuh . keh3

touyakaruma said...

Zaman aku dulu , kalau bagi seringgit . Memang confirm dah dimasukkan dalam list untuk tahun depan .

touyakaruma.com/blog

ribena.illina said...

ehhhh. bena bantai jek seringgit ke 2 hinggit ke. jnji duit.heheh.

dan betoi3!! bena hari raye petama dah ngadap laptop. heheh~

beep..beep.. said...

hmm..skrg ni pon budak2 da bangun lambat mase ari raye..

Enchaoz said...

i'll turn 21 this 21st september.... tell u what.. i still dapat duit raya and still super excited everytime i get it!! i guess people who were borned in the 80's are very grateful la... :) tak macam budak-budak sekarang..

missgee said...

cepatnya kembali..
Masih merasa dapat duir raya ke lagi??
hehehe

P/s; Budak zaman skrg jauh beza dgn zaman dulu..hurmmm