head

Nuffy

Thursday, August 19, 2010

Perangai Macam Budak-Budak

Aku kalau boleh bulan puasa ni taknak la marah-marah orang,kutuk-kutuk perli-perli,tapi masalahnya ada SESETENGAH pelajar universiti ni perangai macam budak-budak.Tolonglah mematangkan minda anda kerana anda bukan berada disekolah rendah ataupun disekolah menengah.

Dijadikan cerita,pagi kelmarin,aku ada kelas kat lab komputer dan dalam lab tu pun cuma ada dalam lebih kurang 30 buah komputer dan adalah 1,2 yang rosak.Aku macam biasalah lagi 5minit kelas nak start baru sampai ke lab tersebut.Elok-elok aku nak duduk jer ada seorang awek cakap "eh,tempat ni kami dah chop untuk 3 orang"WTH..nak chop komputer sampai tiga bijik,dah la tu kalau sebelah dia aku tak kisah sangat,ni dia chop pc kat belakang dia.

Dah la kawan dia tu datang lambat,dah tu datang-datang takyah nak berebut pc sebab dah ada kawan yang tolong chopkan pc untuk diorang.Member aku malas nak bising-bising,pegi pc lain,aku duduk jugak tempat tu sebab yang dah tinggal cuma pc depan jer.Aku dah la allergic duduk depan.Tapi aku ambik pun aku mintak elok-elok,aku cakap aku nak pakai 1 jer,suruh la kawan dia enjak ke kanan sikit.

Tiba-tiba aku teringat memori masa sekolah menegah kat dalam bas jugak yang chop seat dalam bas tu pun awek jugak.Gelak sendiri aku lepas insident awek kat lab tu.Aku rasa budak-budak perempuan ni xleh lari dari member-member dia kot.Memang seat kosong tu kat sebelah dia tapi dah sekolah campur laki perempuan,sapa cepat dia dapat la.Kalau duduk kat sebelah dia pun,bukan aku nak rogol dia.Dalam bas kot.duduk lepas tu sampai angkat kaki turun..

p/s:Kepada pelajar perempuan kolej aku tu,next time x payah la nak tolong jaga tempat untuk kawan-kawan,kalau dia bayar gaji untuk kau jaga takpa jugak.

15 comments:

Iza said...

Salam...

Aku pun menyampah dgn org yg suka chop2 tenpat utk kawan2 ni....mana adil. Kita datang awal2, suka hati la nk duduk mana. Aku pun geram jgk bila teringat peristiwa lama. Mentang2 depa ada kawan, main chop2 plak....sakit hati betul...blh gaduh ni kalau masing2 degil.

encHIx laNDax said...

Macam budak2..huhuu~~kalau nak,datang awal la kan??menyusahkan orang jer~~

NAJ HEBAT said...

eheh.. aku dah chop kat satu row utk member aku je.

suka hati la.. nak dtg awal ke lewat.

la~la~la..

haha.. kasi ckp ini macam..

"li bayar sewa kah? bapak lu punyaaa?"

iera said...

Ade sesetengah pompuan xselesa klu duk kt sebelah laki. So, myb sebab tu la dia tlg copkan utk kwn2.

wachak said...

Teringat wa time balik dari langkawi naik air asia dulu. Guna open tiket. kat dalam kapal terbang pun main chop2 tempat duduk. Dah macam naik ketapi kat Dhaka India lak rasa nyer ... hehehe

Langit Pertama said...

Yg chup tmpat dlm bas tu mmg stuju sgt. Time matriks dulu bebudak Kelantan kalo dorg dpt msuk dulu semua tmpat dah chup utk kwn2 Kelantan dorg.

Smpai aku org ke-5 naik pn dh takleh duduk cos sma tmpat dh penuh ngn beg (ntah dr mana dorg dpt beg bertimbun tu aku tak tau la plk)...

Sape2 yg Matriks kat IKIP tahun 2002 paham la maksud aku...

farah ain said...

huhuhu..siannyer..kalu kat tempat farah..lelaki ys ke chop2 tempat..ape ag..dengan slumber jer..kitaowg duk jer,,bg dowg bengang..lantakla..first come first serve..

lumut said...

dasar pompuan...
pompuan mmg cerewet.komplikated.
selalu buat mende ikut perasaan,
x rasional dlm tindakan.
mereka bila matang..matang btok..tp slagi x matang..perangai...

sndri pk la.

taqie said...

btul. sllu jd cm tu.. especially time lab class.. nk cop pc msti da ade org..da la cop kn bukan sorg 2.. sekali 1 line.. ajak kerabat dia skali.. sabo je la.deh

makdara TERDIVA said...

teringat dulu zaman2 study..kena berebut2 booking pc kat lab room..dulu PC pun mahel giler..apatah lagi laptop..tp sekarang ni budak dejah 1 pun dah ade laptop

y@n@ M!B said...

time stdy dlu kwn pompuan aku xramai..sbb amek kos engine..so kes chop² ni jrg jd la..bila time emergency je men chop²..kawteam dgn membe laki lg..huhu~

enyheartsdiamond said...

i pon meluat dgn gadis-gadis yang tak reti independent..

i tak macam gadis-gadis kolej u tau :)

fndrocka said...

next entry kau. .aku cop comment nombor 5..tlg jgn bagi org lain yek.

Mario said...

ko kena buat geng jgk tu...jum ...hehe

eykameow said...

terasa saya =____=" chop . " saya nak komen entry ni.."