Dalam keghairahan dan keasyikkan bercerita tentang bazaar ramadhan tentang baju raya,tentang juadah berbuka,kita terlupa 31Ogos hari apa,dan kalau kita ingat kita mungkin terlupa apa yang berlaku pada 31Ogos 1957.
Sedar atau tidak,cuma tinggal lebih kurang 15 hari sahaja lagi untuk kita menyambut sambutan hari kemerdekaan yang ke-53.Teringat aku semasa aku Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima.Setiap kali sambutan kemerdekaan jer,aku adalah orang yang turut serta dalam perbarisan.Jiwa dan raga aku untuk tanah air tercinta.Itu semua kenangan masa silam.
Tapi erti kemerdekaan pada hari ini telah disalah ertikan,sambutan bunga api secara besar-besaran, perarakkan mat-mat rempit memegang Jalur Gemilang sambil membunyikan hon dan tidak kurang juga aksi-aksi mat rempit mengangkat tayar hadapan atau tayar belakang menunjukkan betapa mereka tidak mengerti pengorbanan Merdeka.
Bebasnya negara dari pemerintahan penjajah belum menjamin bebasnya pemikiran dari dijajah.Dengan pemakaian dan cara hidup yang lebih berpandukan kepada dunia barat dan artis-artis barat dijadikan idol menunjukkan betapa minda kita masih dijajah.
p/s:Kepada sesiapa yang berkenaan, hak istimewa orang melayu dan kaum bumiputera perlu dijaga dan kalau korang terlupa perkara tu termaktub didalam kontrak sosial dan Perkara 153 didalam perlembagaan iaitu hak istimewa diberikan kepada orang-orang Melayu dan kaum bumiputera.
16 comments:
tak mungkin lupa 31 ogos (:
tak mungkin lupa 31 ogos (:
merdeka!
ingatlah perlembagaan persekutuan..
ciri2 dan hak istimewa org melay:)
ARTICLE 7 DAN 11 TU YANG MMG KITA SEBAGAI MELAYU PATUT 'jaga dan pelihara"
ya btl..minda kita masih dijaja dan terus melarat..
sokong dgn comment di atas, minda kita masih dijajah
baek cikgu sejarah!!
sy cintakan MALAYSIA!!
tolonglah jaga malaysia dengan baik..kalau tanah air kita xde nanti..kat mane nak merempat?
Minda kita sememangnya masih dijajah. Susah nak dinafikan.
Walau apapun, saya bangga menjadi anak Malaysia.
okay..kereta aku kosong la macamni.dah takde orang nak ikut pg tgk bunga api.
kah2
31 ogos cuti! sentiasa igt.. heheh
mesti engt punye.. dun wury.. :p
eyh.. bab2 tarikh ni i susah nak lupa :)
salam ramadan!
salam merdeka :)
eh, mana ada lupa..
takkan lupa punye ;)
selamat berposa!
jgn lupa kibar jalur gemilang kat rumah :)
yeh merdeka~
Salam...
Rajinnye ko...aku masa lepas sekolah dulu ada jgk join perbarisan peringkat daerah. Tumpang rukun tetangga....mmg penat tp best, semangat tu yg penting....
Post a Comment