head

Nuffy

Sunday, August 15, 2010

Tragedi Bazaar Ramadhan



TRAGEDI BAAZAR RAMADHAN 1 
 

JASIN: Kerajaan negeri memperuntukkan RM48,500 sebagai ganti rugi dan bantuan perubatan meringankan beban peniaga dan pengunjung yang terbabit dalam tragedi ribut di Bazar Ramadan di Perkarangan Stadium Jasin, kelmarin.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata sumbangan itu termasuk bayaran ganti rugi kepada 56 peniaga yang tidak dapat menjalankan perniagaan selama tiga hari akibat kejadian itu. 

Beliau berkata, kerajaan memberikan bantuan pengurusan jenazah RM3,000 kepada waris tiga mangsa yang meninggal dalam kejadian itu, manakala 18 mangsa yang cedera diberi RM500 seorang.
Sumber berita harian

 Dalam keghairahan kita menunaikan rukun Islam ke 3,ada yang diuji dengan bencana dan musibah.Tragedi bazaar ramadhan di Jasin melaka yang meragut nyawa 3 orang pengunjung bazaar ramadhan adalah ujian dari Allah.Syukur kehadrat Illahi sebab semalam masa aku membeli belah untuk juadah berbuka puasa di sini hanya hujan renyai-renyai.


TRAGEDI BAZAAR RAMADHAN KE 2.

Tragedi 1,ada rakan-rakan kita di uji dengan kesusahan dan bencana alam.Tapi tragedi yang kedua ni betul-betul menguji keimanan aku dan pengunjung lelaki bazaar ramadhan yang lain.Kami kaum-kaum adam diuji dengan perempuan-perempuan yang bukan sahaja berdahi licin,tapi kulit licin,putih,gebu dan ngap2.

Aku rasa perlu ada etika pemakaian untuk datang ke bazaar ramadhan ni.Boleh pulak lah perempuan-perempuan yang comel dan ber'barang baik' datang pakai baju ketat2 dan semalam pulak hari hujan renyai-renyai.Kesudahannya aku cuma beli roti john dengan air manga jer.Aku terpaksa membalikkan diriku secepat mungkin kerana aku takut aku tak dapat nak kawal nafsu dan mata aku yang semakin galak.

Aku bukanlah lelaki yang baik sangat-sangat.Sebab tu aku terpaksa balik awal untuk mengelakkan mata aku semakin liar.Korang tengok lelaki datang shopping ada pakai seluar pendek tak?Aku tak pernah nampak lagi,tapi perempuan pakai seluar pendek ramai.Bersimpang siur(penggunaan penjodoh bilangan yanng salah) aku nampak pakai seluar pendek.

Kepada kaum adam,kita terpaksa bersabar dengan 'bencana alam' yang kedua ni.Sememangnya menggugat iman dan kelakian kita dan kepada kaum hawa,lain kali tolong pakai baju ujan kalau nak dress up ketat-ketat supaya baju korang tak basah.

p/s:Rupanya ramai betul orang comel-comel keluar membeli belah kat bazaar ramadhan batu pahat ni.Terasa jodoh aku makin dekat;)

14 comments:

Fathiha Zainal said...

Hihihi.. Amboi mel.. Terasa jodoh makin dekat yea.. ;)

White Bird said...

hamboi2 hang ni.. keringla pahala hang duk tgk "roti gebu" apa kata hang pi jentik sikit roti depa tu ,tgk depa marah tak :p

Langit Pertama said...

Bencana ke-2 ni tak diperuntukkan pulak ganti rugi ek...

ribena.illina said...

ok gak tuh jumpe jodoh kat bazar ramadan!
hehehee

911 said...

cepat2 jumpa jodoh bro.. :)

NAJ HEBAT said...

eheh.. ade je weyh mamat pakai short kat bazaar dkt ngan U aku nih..

kacak jugak. aku usha je la.. nak mintak number phone malu..

haha

al nasib aku tak puasa..

hoho

YANG.. JAGE PANDANGAN..!

MieZa said...

jodoh dekat? wow...

Iza said...

Salam....

Dah habis belajar ke belum ni....hahahaha.

intan izani said...

diorg ni pose
tapi pakaian ketat jugk kan
cube lah kawal sikit time pose ni kan

wachak said...

Pak aji pun boleh terbang serban kalu kawin pompuan cam ni. susah nk didik weii. cari ar yg ada sifat malu.

LiFe KaMi said...

wah real ler video tu sempat amik tu.. ni gi bazaar cari makan ker gi makan..hehe

NiNa' said...

kecian peniaga2 tu..

¶A.K.I¶ said...

hahahaa..
lior ko ea mel

KERAK NASI said...

kalau jodoh dekat pun..jgn la pilih yang baju ketat tu ye. hahaha..
ke mmg taste ko baju ketat? kuang3..