gambar google
Aku ada beberapa tips yang korang boleh ikut untuk berjimat di Baazar Ramadhan.
1)Keluarkan not RM 5 ringgit dari beg duit korang dan tinggalkan beg duit dirumah.So,korang akan berbelanja cuma RM5 sahaja untuk hari itu.
2)Tetapkan apa yang korang nak beli.Kalau boleh paling banyak lauk pun 2 jenis.Sampai kat rumah asingkan sikit untuk korang dan lebihnya bagi kepada empat orang jiran.Sebagai balasan korang akan mendapat empat jenis lauk berbeza.Kalau tak cukup lagi,ambil sedikit untuk korang rasa dari lauk jiran korang dan bagi kepada jiran-jiran yang lain.Hasilnya korang akan dapat bermacam-macam jenis lauk dengan kos RM6.
3)Tunggu sampai nak dekat waktu berbuka.Masa ni kalau korang beli air sebungkus boleh dapat 2,3 bungkus.Kalau yang nak minum tu cuma kau sorang,lagi 2,3 bungkus tu korang boleh bagi kepada jiran sebelah.Sila ulang langkah ke 2.
4)Jangan sukat baazar tu panjang sangat.Cukuplah 100meter sehari.Esok sukat 100meter yang lain pulak sebab macam pepatah melayu cakap Jauh Perjalanan Luas Pemandangan.So untuk elakkan korang rambang mata,sila ikut langkah ini.
5)Tips yang terakhir ini memang mujarab.Sila Makan Siap2 di Rumah.Yes aku ulang dengan capital locks SILA MAKAN SIAP SIAP DI RUMAH kemudian barulah berjalan mencari makanan di baazar ramadhan dan sebelum aku terlupa,tips kelima ni hanya untuk ORANG BUKAN ISLAM.
Cukup buat kali ini.Apa-apa pun bulan puasa ni bukan sahaja tak boleh makan dan minum,kita juga kena menjaga nafsu makan kita supaya tak membazir.
p/s:Sesiapa yang jumpa aku di baazar Ramadhan Batu Pahat di sebelah kiri jalan tu,aku belanja Murtabak Singapore.Ikhlas dari black_mel
19 comments:
allaaa...
jauhnye...
hehe..mcm comel je tips tu..ahaha.. anyway.dlu sllu sgt g btu pahat.. coz umah kt sgmt.. tkpe.. t klau trjmp mel..wajib bg murtabak singapore okie?..hahaha
heehhee
tips yg berguna bg kawal nafsu membeli belah time kat bazar
:)
Murtabak je ke? Haha.. Bgus2 tips ni.. Memang selalu kalau pi bazaar selalu jek terbelanje lebih.. Adehhh.. :p
Bahasa mandarin, tiga pun san.. Heehee.. :)
aaa jauh no batu pahat..hee emm tulisan kat header tu nama die mickey :)
kalau bawak duit sikit macam bersalah je..:D
ku dah sukat dah tadi
kehkehkehkeh
selamat berpuasa, selamat berbuka, selamat bertarawih dan selamat bersahur
P/S : Kalau Hari - Hari Macam Nih Mak Dengan Abah Tak Payah Dok Risau Dah!
haha..baik punya idea eh..
ahhh ngelat ko ad kat bP
ak kat KL...
nti ak da blk kluang ko lak blk penang! mencik!!
Salam...
1 ramadhan aku bukan sukat tapi dah tawaf 2x. Mula2 tgk lauk/kuih apa yg ada. round ke 2 baru aku beli. Nasib baik tempat tu kecik je. Bukan RM5, habis la RM50 sekali dgn bahan mentah. Parah jgk kalau hari2 nk beli kat luar.
Kalau kat kg blh la bertukar juadah.nasib aku dok kat sini,jiran2 aku kiri kanan semua India...
x aci dpt p bazaar..jeles!!!!
huh... bestnya dpt menyukat bazar ramadan.
tips yang kedua tu nampak menarik.. kekeke
tips ke 5 tuh mmg tekial2 mule2 bace
hehehehe~
Betul sesangat..bw sket2 je duit supaya tak meroyan membeli belah...kalau bawa seratus..boleh terbw balik juadah berbuka utk 3 hari 3 malam
bazar kat gombak sesak gile.. nak jalan pun ssh.. ayooo..
comel je idea :)
suke jalan2 kat bazar, belinya tak :P
post sket murtabak tu pliz~~~
oi oi bila nk blnje aku buke posa same2? :(
aku dah tahun ke5 sambut ramadhan kat sini =(
Post a Comment