Gambar google
Syurgamu Ramadhan sebuah karya arahan Shahrulezad Mohamedin yang mengisi slot Samarinda Tv3 ini dibintangi pelakon-pelakon terkenal diantaranya Elly Suriati memegang watak Datuk Paduka Halimaton, Eira Syazira sebagai Marlia, Ungku Ismail Aziz sebagai Yasin, Zarina Zainordin(Zarina Af) sebagai Aishah, pelakon kanak-kanak Nurul Elfira Loy sebagai Suzana dan dramatis berpengalaman Aripah Damanhuri sebagai Mak Jah.
Berikut adalah sinopis filem terbabit:
Datuk Halimatun telah berputus arang dengan Marlia. Anak sulungnya itu melarikan diri meninggalkannya pada malam akad nikad. Marlia memang tidak pernah rapat dengannya sejak dari kecil. Marlia suka melawan dan membantah. Datuk Halimatun tidak paham. Dia hanya mau yang terbaik untuk Marlia. Tapi Marlia lebih rela berkawin dengan seorang pendatang dari mengahwini seorang lelaki yang menjadi pilihan Limah. Memang tujuan Limah mengahwinkan Marlia dengan anak Datin Maimun untuk mengelakkan Marlia jatuh kedalam pelukkan orang mendatang. Tapi dia tidak mahu memaksa lagi apabila Marlia melarikan diri.-sumber Radius One Online.
Review-
Drama ni belum abis lagi,aku pun baru tengok sampai episod sembilan.Bagi aku lakonan Elly Suriati memang tak ada kekurangan dan boleh dikatakan Elly Suriati berjaya membawa watak Datuk Halimatun.Cuma Eira Syazira aku rasa masih ada yang boleh diperbaiki.Lakonan dia agak baik namun kadang-kadang memek muka dan lakonan dia agak berlebihan.Zarina Zainordin(Zarina Af) menunjukkan peningkatan yang agak banyak dalam dunia lakonan.Aku rasa lakonan dia ok,aku taknak komen tapi pakaian dia agak sexy dalam drama tersebut.Secara keseluruhannya drama ini antara drama terbaik bulan ramadhan yang pernah aku tengok untuk tahun ini.
p/s:Kepada yang belum sempat menonton drama ni,korang boleh melawat website TV3 sebab kat situ korang boleh tengok episod-episod lepas.
14 comments:
oh..belum smpt nk tgk cerita ni..ade kwn kta best :)
dah tgok,, best!
bdk2 tu berlakon real je
apa? semua orang kata best?
aduyai, mesti tengok ni tsk tsk.
Tengok cite ni asyik menangis ajo.. Hoho.. Best best.. :)
best sangat sangat cerita ni!
hampir setiap episod meleleh air mata. touching gila
cerita ni sangat sedih
jalan cerita ni sedang berada di kemuncak... air mata tak leh tahan....
fuuhh best la lakonan elly!!!
:D
eira syazira kalau berlakon bukan le nak kata apa, mimik muka dia nangis or gelak, memang takleh detect. kadang-kadang terkonpius jadinya... alahai
hmmm de tgk iklan..tp xlayan la pulak..heee~
lame dah gua tak tngk tv.. sob2..
aaa semalam baru tengok :)
tp ak suke eira syazira punye act..drama ni ak x tgk lg tp dlm drama laen ak rse die ok la..
ending die sedey je td..so touching~
Post a Comment