head

Nuffy

Thursday, July 8, 2010

Tak Habis-Habis Guna Ayat Bila Lagi Melayu Nak Tolong Melayu

Hampir seminggu aku bercuti sebab aku dah lepak kat penang.Internet ni pun aku terpaksa mengharap ehsan jiran sebelah rumah yang bukak wifi dia.So,dapat la aku update blog aku ni yang dah bersawang.
Korang pernah tak berhadapan dengan situasi bila korang berhadapan dengap peniaga2 melayu yang selalu guna ayat "Bila lagi nak tolong Melayu"?Seminggu aku bercuti ni ada 3 kes aku berhadapan dengan benda ni.

Situasi 1:Kedai makan
Mula2 datang seorang peniaga jualan langsung yang jual kitab2 agama tu masa aku tengah lepak2 dengan member2 aku.Member aku yang memang baik2 belaka pun beli lah 2,3 buah buku agama,lepas peniaga tu beredar,datang lak kawan dia jual buku yang sama.Siap cakap lagi "Bang,bila lagi nak tolong Melayu"?Terus la member aku sound "Abis Kawan Kau Tadi Bukan Melayu Ker?" Diam jer mamat tu,bukan dia tak perasan atas meja kami ada buku yang sama dengan dia jual tu.


Situasi 2:Cuci Kereta
Masa aku ada banyak masa lapang,aku pun bawak la keta bapa aku pergi cuci sebab nak cuci kat umah flat macam susah jer.Aku pun singgah kat kedai cuci kereta.Aku tengok tukang cuci kereta tu sorang jer,dia tengah lap2 kereta,lepas kereta tu,turn kereta aku.Masa dia tengah dia nak start cuci tu,sempat dia cakap kat aku "Terima Kasih Bang Sebab Siapa Lagi Nak Tolong Melayu Kalau Bukan Melayu",aku pun macam biasa lepas jawab Sama2 Kasih,Aku senyum jer.Budi bahasa budak tu memang A,tapi masalahnya dah la dia sorang yang cuci,siap pulak member datang melepak ramai2.Sambil buat keja sambil sembang2.Lepas tu siap boleh hisap rokok sambil cuci kereta aku tu.Wow,memang terbaik.Tahan2 la nak merokok pun.Kereta customer kot.


Situasi 3:Repair Kereta
Benda yang sama diorang sebut dan secara ringkasnya benda yang ada dalam bil,yang kononnya dah tukar baru tapi pakai 2,3 hari rosak balik benda yang sama.Bawak kedai lain,dia cakap nak tukar benda yang sama sebab benda tu rosak

Kesimpulannya,kalau peniaga tak keluarkan ayat "Siapa Lagi Nak Tolong Melayu Kalau Bukan Melayu" pun aku akan tetap menyokong dan membantu peniaga2 Melayu tapi bila dah berlaku benda2 yang macam ni,dah jadi kes "Melayu Susahkan Melayu".Aku memang tak akan datang balik dah kat kedai cuci kereta tu dan kedai repair kereta tu.

Dalam hidup seharian aku,aku berhadapan dengan ramai peniaga Melayu dan ramai yang ikhlas dan jujur tapi disebabkan segelintir peniaga Melayu yang ada sikap orang nak meniaga,aku pun nak meniaga tapi langsung tak ikhlas ni lah yang menyebabkan orang lagi suka pegi ke kedai workshop lain atau kedai cuci kereta orang lain.

Aku akan tetap bantu peniaga Melayu selagi aku mampu dan aku harap peristiwa kat atas tu tak akan berulang lagi.Kalau ada yang terasa,aku mintak maaf tapi ini untuk kebaikkan kita bersama.Aku tak nak timbul isu si polan ni penipu,si polan ni malas dan macam2 lagi yang boleh menutup periuk nasi peniaga.So,sama2 kita fikirkan.

Sekali lagi aku mintak maaf sekiranya teguran aku ni ada menyinggung mana2 pihak.

10 comments:

MOMMY CGG said...

BUKAN MELAYU TAK NAK TOLONG MELAYU..
YANG LEBIH BANYAK SIKAP phd NYE DARI SIKAP MAU BERUSAHA

¶A.K.I¶ said...

ye ye aku maafkan...
huhuhuh.....


lumrah beb...
manusia...
lagi lagi melayu...
sikap lebih dari org laen dan blagak telalu tinggi...

Anisa said...

heee
kadang2 org salah tafsir
selalu je guna perkataan tu
walhal diri sendiri tanak maju & tanak sedar
akibatnyeeeeeee kuar lah perkataan tersebut berulang kali sebab lemah sgt
heee

White Bird said...

melayu ni mudah layu..

mudah bangga diri jugak.

Dahla wat ape2 tak reti bersungguh

yanamib said...

yg situasi no 2 tu aku penah rasa..naseb bkn kete aku, kete membe..huhu..

aku lebih prefer tukang cuci kete, bangla or india..dorg keje cpt and mmg sgt bersih kete tu =)

deus X machina said...

oh melayu.....



thumbs up mel
aku suka entry ni

NAJ HEBAT said...

betul la tu yang..

haish! pape pon..

still

"melayu akan tolong melayu"

Asma said...

Tul ckp ko tu...
Aku pn dh menyampah tahap gaban tiap kali org ckp cenggitu...

Mcm mintak belas je, padahal nk berniaga berilah servis yg terbaek, bru org dtg lg...

PiNk ButTeRfLy said...

sangat tak suke situasi macam ni, kalau diorang tak gune ayat macam ni, lagi ramai yang nak tolong.

tapi bile kuarkan ayat camni, makin kurangla orang yang nak tolong.

tak kire ape bangse kaum keturunan pun, kite le je tolong kan3?

akuzle ayu said...

melayu kalu, memula biznez lembut gg dr lidah.... dh up siket, ngan regular customer pon x kenai...gitulah.....