head

Nuffy

Sunday, July 18, 2010

Cinta Monyet Memang Teruk



Adikku muda remaja,Awasi bila melangkah
Wajahmu manis bak bunga,Pasti ramai yang tergoda
Tidak dilarang kau bersuka,Asal tahu kan batasnya
Jangan sampai adik terlupa,Harapan dan cita-cita

( korus )
Ibu dan ayah,Menaruh harapan
Agar kau berjaya,Di hari kemudian
Bila tiba waktu petang,Dari sekolah kau pulang
Bergalas buku di pinggang,Siapa lihat pasti tertawan

Adik masih bersekolah,Awas segala dugaan
Adik kan ambil ambil periksa,Agar senang masa depan
Tumpukan perhatian,dengan sepenuhnya,
Serahkan selainnya,pada yang Esa,

Bila adik telah berjaya,,Abangkan turut gembira,
Tapi andai sebaliknya,,Jangan kau rasa kecewa,
Sekali adik terkandas,,Bukan untuk selamanya
Dihati sematkan pesanan,Ingat abang tetap sayang.

Lagu Pesan Abang Nyanyian Arwah Sudirman.


Cinta monyet sebenarnya tak ada kaitan dengan cerita monyet sedang bercinta,tetapi lebih kepada manusia cinta kepada monyet(Aku tipu).Sebenarnya,aku pernah merasa cinta monyet tahap tertinggi sampai aku angau 2,3 bulan.

Peristiwa cinta monyet terjadi masa aku menyertai kem motivasi semasa aku darjah enam.Kem selama 3 hari 4 malam di Universiti Sains Malaysia(USM) buat pertama kalinya aku tak tidur dirumah.Penyertaan kalau tak silap aku untuk pelajar-pelajar seluruh Penang.

Perkenalan aku dengan seorang pelajar D(bukan nama sebenar) secara tak dirancang.Kebetulan masa tu aku tengok pelajar2 perempuan bersembang sesama diorang tentang ada pelajar perempuan yang ternampak makluk wanita yang memakai pakaian serba putih malam pertama menginap di USM.Aku pulak pantang dengar cerita hantu,memang aku kusyuk.Tengah aku sibuk2 mendengar,seorang pelajar perempuan iaitu si D tadi tegur aku.

"Ada kes hantu ker kat asrama lelaki",soal si D."Takde,tapi kat bilik air ada orang nampak kepala tanpa badan".jawap aku.Si D dah tunjuk muka ketakutan sambil bertanyakan kat aku "kepala apa?"."Kepala paip jawap aku.Si D mencebik muka dia.

Semenjak tu,setiap kali seminar dalam tempoh 3 hari tu aku akan duduk dekat dengan dia,Kami jadi rapat,sampailah masa test yang diadakan di seminar tu,kebetulan aku teka test tu betul,so result aku elok berbanding test si D.Aku yang memang suka menyakat ni,hantar la lirik lagu sudirman tu dengan aku tukar lirik dia Bila adik telah berjaya kepada Bila adik tak berjaya. 

Aku lak tak perasan dia memang kecewa dengan result dia tu,last2 dia dah tak sembang dengan aku masa hari terakhir aku kat sana.Sampailah member dia datang bagitau budak perempuan tu dah bagitau bapak dia aku perli2 dia pasal result tu dan bapak dia nak jumpa aku.Sori la aku nak pegi,masa hari last tu aku terus balik dengan parents aku.

2,3 bulan jugak aku angau dan menyesal dengan tindakan aku.Tapi bak kata orang cinta monyet.Bukan cinta pun,cuma aku jer menaruh hati kat perempuan tu.Cerita lama.Aku rasa dia dah kawin dan ada anak dah pun sekarang.

p/s:So,kepada si D a.k.a Diana pelajar sekolah sksj 2,kalau awak terbaca entry ni,just nak mintak maaf sebab hari tu tak sempat,lagipun saya takut.maklumlah budak sekolah.0-0 ok?

p/s:Lagu arwah sudirman ni dah lama aku tak dengar sampailah 2,3 hari lepas,sebuah stesen radio pasang lagu ni,Secara automatik fikiran aku melayang teringat kenangan ni.Korang boleh search kat youtube lagu Pesan Abang ni.Lagu yang sering digunakan untuk kem motivasi.



21 comments:

FarhanaDr said...

Agak-agak diana baca tak ni? Hehehe.. :p

Nakal sunggoh kamu yek.. Kepala paip.. Isk3.. Kaki nyakat sunggoh.. Haha..

Aby Umy said...

jadi pengen nyanyi

aku suka dia sama dia juga suka
tapi kenapa sih mama bilang ini kalau cinta monyet
padahal hatiku sering deg-gegan
saat ku dengan si dia
iihhh... masak cinta ini cinta monyet?

Iza said...

Salam....

Ooooo, macam tu ke cinta monyet? Aku tak ada pengalaman cinta monyet ni, tak dapat la nk merasa......

molmolla said...

ngahahaha! comel je kot. ttbe dia baca entry nih dan belom berkahwin~ hehehe :D

White Bird said...

siap mengadu kat bapak lagi .. kecik hati sgt ni =)

Lia3003 said...

cinta monyet kamu 3 hari je ye..hihi

yott said...

haha..
drjh 6 dah angau?
kecik2 dah gatai ek..hehe

f_aRa_aINa989 said...

haih..perempuan sensitif tau...haih...awatla blh buat lagutu...xpe2..jgn ulang kesilapan ke2...=)

Encik aMin said...

Hehehe... cinta monyet ni mmg byk merosakkan aku.. buang masa n jatuhkan result pointer jer, cheitt!! :p

ERSHAD said...

Sensitif gile awek tu, c ap bg tau ayah lg. Rasanya dia pun minat kat awak, sbb tu jg terlebih sensitif.

Saya pun kalau org laen mengata x rasa apa pun sangat, tp bila org yg kita suka mengata. Memang sakit ati sangat2

NAJ HEBAT said...

oh D.. diana danielle??


sian kau..

haha

dah kawen??

si[jari] telunjuk said...

waaaa..
korang duk hostel mana tuh???seram lak plak....


Lagu KAWAN -ruhil amani hussien pon sesuai unt versi cinta monyet.....

-atiQah- said...

cinta monyet dulu memanggg comel! hehehe..
harap2 Diana baca..manalah tau kan?
tiba2 dpt contact balik..
kenal dgn family msg2..seronok!

ribena.illina said...

wah wah wesssss
cam filem la pulak cte blck mel ni
hehehehe~

Amal said...

nak menyamar jadi diana tak boleh sebab kau tak kasi anon komen. ciet!

boleh tahan lawak jugak kau masa kecik kecik dulu eh? hahahah

MieZa said...

comel jer...hehe

y@n@ M!B said...

olololo cuweet nyeeeee~

aku doa la si D aka diana tu baca blog ko..muehehe~ ^_^

Arra JaSmY said...

cess..kepala paip rupenya.

Saye da byg bukan2 dah.haishh.:)

KERAK NASI said...

abg slh langkah ye bang..
hahahaha..

¶A.K.I¶ said...

ermm... bygkan sy la diana 2 ye!!
hahaha
sy maapkan awak dan sy tak kawen agi...


bley g2??
papepon, klu da nyesal bgs laa..
len kali jgn ske ejek2 org..
kekdg niat nk gurau..
tapi hati manusia ni sering salah sangka... payah~

lumut said...

aku rasa itu bukan cinta monyet.itu cuma menaruh perasaan....

aku x pernah rasa cinta monyet..means melalui mende cinta budak tu..ape yg aku lalui cinta yang bertahun lamanaya..yg ajar aku banayk benda...means bukan ajar benda yang budak2..tp ajar tentang life..tp x kemana...yg diakhiri dengan pengkhianatan....cinta mansuia itu tidak setia dan tidak kekal..tp aku tau x semua....

take care black_mel.
all the best