head

Nuffy

Monday, July 19, 2010

Bila Mamak Naik Lemak

Selama ni kita disogok dengan kononnya kedai mamak ni lebih bersih,makanan lebih banyak pilihan dan kononnya mamak ni berdisiplin dan sangat menghormati pelanggan.

Ingin aku nyatakan di sini selepas berlaku peristiwa malam tadi,aku terus hilang rasa kagum dan hormat kat kedai mamak.Kawan-kawan aku pernah pesan kat aku,jangan bagi muka sangat dekat mamak,kalau dia salah hantar order atau tak sama apa yang kita mintak,terus mintak tukar jer.

Mula-mula sekali aku sampai kedai tu,macam biasa la aku tunggu mamak tu datang ambik order.Dekat 15 minit tunggu barulah datang seorang mamak terhegeh2 nak ambik order.Kalau kedai tu pelanggan ramai,ambik la ramai pekerja.

Dah la ambik order lambat,aku tunggu roti sampai pun lambat.Memang mood aku dah tak baik dah.Bila dah abis jer makan-makan,pastu member aku teringin nak bungkus roti.Nampak bos kedai mamak ni lalu,pastu member aku pun panggil la mamak ni nak ambik order."Mamak,nak order roti pisang 1",Mamak tu singgah jap kat meja aku selumber jer dia cakap"Roti Abis".Pastu dengan muka tak bersalah tahap cipan padang pasir kulit terbakar beredar dari meja aku.

Aku dengan member aku dah terpingga-pingga,wtf betul mamak ni.Pastu tukang buat roti canai lalu sebelah meja aku nak pegi ambik doh dia kat dalam peti ais,aku panggil tukang buat roti tu,dia cakap roti ada banyak.Memang babek betul la mamak tadi.Lepas ni jangan harap aku bagi muka.

Orang selalu senaraikan kebaikkan kedai mamak,aku nak listkan keburukkan kedai mamak yang pernah kena kat batang idung aku.

1)Mamak ambik order tak paham bahasa.
2)Mee goreng biasa pandai-pandai letak ayam pastu kena caj lebih.
3)Aku order benda lain,tapi sampai benda lain.
4)Aku cakap roti potong taknak banjir tapi sampai2 banjir melimpah2.
5)Depan kedai tengok bersih,tengok belakang kedai kotor nak ma*p*s.
6)Bulu mamak kat dalam makanan.
7)Tengah-tengah tengok screen projektor,slumber jer mamak tu tutup.
8)Makanan yang sama tapi hari ni caj lain,esok caj lain.
9)Order makanan mai bersembang lak dengan aku dulu.Kalau nak sembang pun,hantaq la order dulu.
10)Tengah-tengah makan,slumber jer mamak mop lantai siap pakai ajax.Bon**k

Sebelum ni,banyak list kat atas tu aku boleh bertolak ansur lagi,tapi lepas ni aku cuma akan bertolak ansur dengan no 4.Bukan kedai mamak tak ada kebaikkan tapi aku nak tunjuk kedai mamak pun banyak keburukkan.

Kedai mamak ni makanan dia mahal so kena gunakan hak sebagai pengguna untuk dapatkan yang terbaik.

13 comments:

Anisa said...

mee goreng mamak sedap

www.dunialandax.com said...

Boikot je mamak ni!
aku kadang-kadang muskil ngan status mereka,bukak kedai mamak,ada "nandek"kat dahi,islam ke??tp ada tulis allah kat dinding

Asma said...

Hah, mmg betul pn...

Harga makanan mmg tak pernah sama dan tak paham bahasa tu mmg betul sgt2.. Paling best, order tak smpai2, bile tanyer bleh plk ckp aku takde order..

Mmber aku minta sup kosong nk mkn ngn nasi goreng, dier bg sup daging (tanpa daging) dlm mangkuk besar cam mangkuk mee sup. Tak terbeliak mata ktorg...

Kdg2 kedai mamak tu bukan Islam pn. Presentation je yg lebih...

(Sori, tetibe emo lak)..

touyakaruma said...

kat kawasan kedai Mamak tempat aku dulu memang Islam , diorang awal-awal lagi dah pergi solat jumaat .

http://touyakaruma.com/blog/

Amal said...

tak semua mamak sama.

yott said...

yg no. 6
cnfrm lepas ni x lalu dah nak mkn kedai M..

Suraya I. said...

mapley dkt tronoh jgk yg terbaek! =p

qellissa said...

setuju sgt bab mee goreng tu..bila kita mintak biasa depa mesti kasi ayam coz senang nak mark up harga..ceh....

¶A.K.I¶ said...

i neva say yes to mamak~
no lepak2 at mamak.
ak xske mamak~
seyesly.
mahal, tak sedap not worth~
ko la yg mmg slalu lepak mamak

yanamib said...

yg no 6 tu mmg sgt geliiiii..ish mana lak ko bley terpk tu bulu dia..adeh~

xpe xpe..aku mmg kureng gemar mkn kedai mamak...kedai melayu byk..huhu~

Yatre Hayati said...

tang bulu mamak tu geli pulak...adoyai..tapi kita suka lepak mamak..:(

miss lolly a.k.a luvfareda said...

oke dah xda selera nak p mamak bile kenangkan bulu2 merata2 salam makanan.


iyewwwwwwwwwww

Fathiha Zainal said...

Uhu.. Euwwww~~

Mel, tiha tag mel join contest. Sila join. ;)