head

Nuffy

Thursday, June 24, 2010

Sampai Bila Kita Nak Bersorak Untuk Negara Orang

Piala Dunia tak lama lagi akan masuk saingan 16 pasukan dengan beberapa pasukkan telah melayakkan diri.Semalam sekali lagi aku keluar umah pukul 2.30pagi untuk tengok perlawanan bola sepak di antara German vs Ghana.Tapi semalam penonton kat kedai mamak dah tak ramai.

Sempat jugak aku bersembang dengan pekerja tersebut.Boss kedai mamak tu.Pelanggan kurang,lepas dia hantar teh tarik,dia duduk sembang.

Mamak:Mana kawan2?Kenapa datang sorang2?
Aku:Kawan2 busy.Aku jer free.
Mamak:Awak hari2 datang,awak sokong apa pasukan?Semua ka?
Aku:Haha.Aku suka tengok bola la mamak.
Mamak:Awak sorak lain punya pasukan,bila mau sorak untuk Malaysia?
Aku:Demm(Dalam hati..Panas jugak aku ni).Mamak,India pun tarak masuk wolrd cup.Tapi lu ari2 24jam.
Mamak:(Gelak)Bisnes la.Okla2..Enjoy watch.

Aku tengok 1st half jer,pastu aku balik.Game sangat2 boring.Tapi betul jugak mamak tu cakap.Sampai bila mau sorak untuk pasukan lain.Tolong la kembalikan bola sepak Malaysia yang dulu supaya aku boleh cerita kehebatan bola sepak Malaysia.Sampai bila pemain Malaysia nak kunyah chewing gum pastu kena langgar sikit gaduh.Rambut kaler2,style tak nak kalah.tapi asal main jer..Hurm..

Aku walaupun aku datang kedai mamak tiap2 Malam,dalam hati aku tetap pasukan Malaysia.Malaysia main jer,aku tetap tengok walaupun marah2.Aku sayangkan pasukan Malaysia.Aku tetap citer tentang kehebatan Khalid Jamlus,Aidil Zaquan,Indra,Amri dan lain2 kat kawan2 aku.

Kalau nak kata kita ni tak leh bersaing sebab negara asia.Korang leh bayang tak korea tu layak dengan korea utara dan korea selatan.

p/s:Kalau lah aku tak sempat tengok Malaysia main untuk Piala Dunia,aku harap anak,cucu aku sempat tengok Malaysia main untuk piala dunia.

8 comments:

sI tEDI said...

hik hik hik
InsyaAllah
satu hari nanti manalah tau kan?

zaza said...

yeah btol tu...
hope on day malaysia akan layak ke piala dunia..
biar anak cucu kita bangga ckt..

'AQILAH said...

masa sukma hari tuh, ku de tgok bola live kat stadium..bosan..main sikit out, main tak sampai 5 minit jatuh terguling2 10 minit lepas tu baru sambung...tak sampai 5 minit bola out lagi, jatuh..argh bosan.

'AQILAH said...

rasa bersalah pulak komen macam tuh...huhu

isyaallah, malaysia boleh masuk world cup...usaha lebih ..gunakan fizik sikit masa buat tendangan..ngeeh

nn said...

sayu je post scriptum tu. huhu

miEz haNeM said...

sering bertanya..
sampai bila

NAJ HEBAT said...

woit sayangss... bile nak dating same aku??

ribena.illina said...

bile la tu ye?
tggu n lihat jek la
hehehe~