head

Nuffy

Thursday, May 27, 2010

Aku Susah,Ramai Yang Lagi Susah



Setinggi mana pun burung terbang,dia tetap singgah kat tanah or kat sarang jugak. Aku nak kaitkan dekat sini sebab tadi masa aku singgah kat kedai barang2 terpakai ada peristiwa yang menyedarkan aku yang menunjukkan,walaupun kita rasa kita ni dah susah,ada lagi orang yang lagi susah daripada kita.
Aku mengaku,kadang2 aku terpikir jugak,kalau la aku ni kaya raya yang secara tak langsung menunjukkan aku ni agak merungut.Tadi ada satu pasangan suami isteri,si isteri tunggu dalam kereta.Si suami cari barang2 terpakai.Aku ingat si suami nak beli meja atau kerusi terpakai ker,tapi lepas dia pusing2 dalam kedai tu,dia datang bawak kereta sorong baby.Rupa-rupanya dia beli kereta sorong baby untuk anak dia.
Serius tak terlintas kat benak fikiran aku dia nak beli kereta sorong baby.Walaupun aku rasa tu bukan kelahiran sulung,tapi selalunya ibu atau bapa kita mesti nak sediakan semua benda2 baru untuk anak kesayangan diorang dan aku pun tak terkecuali.Tapi tadi masa si suami bawak kereta sorong bayi terpakai tu,si isteri senyum jer.kagum aku.
Baru aku tersedar,walau susah macam mana kita sekalipun,ada lagi orang yang lagi susah daripada kita dan macam tu jugak kalau kita kaya raya macam mana sekalipun, ada lagi orang yang lagi kaya daripada kita.Macam tu jugak bila kita kaya,tak semestinya kita tak boleh jadi miskin dan bila kita miskin,tak selamaya kita miskin.

p/s:Apa2 pun peristiwa tadi menyedarkan aku supaya kena belajar idup susah dan jangan lupa bersyukur.

11 comments:

hBz said...

kedai tu ada boxer 2nd hand tak? yang polka dot. pink+orange. urgh! superb

black_mel said...

dem lu...shat tap..

riBEna said...

hahahhahahhaha..bantai tnye boxer..
=D

nawal said...

btol uh.. sentiasa tgk org kt bwh kite, bru kite akan bersyukur..

Langit Pertama said...

untung si suami dpt isteri yg terima seadanya,,,

SuRayA^i. said...

yep2 btul.."kalo kte rse kte susah, ade lg org lain yg lg susah dr kite". think positive n be grateful =D

Solehah said...

betul tu..jagan la kita terpedaya dengan dunia..sebab dunia ni ibarat macam air laut..lagi teguk lagi haus..tak ada kesudahannya..semoga Allah sentiasa pelihara hati kita bila kita diberi rezeki yang banyak nanti. Amin.

black_mel,kenduri aku kat changlun kedah, boleh datang ka? kalo ya, bagi alamat k.

intan izani said...

sebenarnye ia bergantung bgaimana cara kita mensyukuri nikmat Allah
kalau gaji sebulan rm17k pun
tapi kita tak puas, tetap tak bahagia
kalau gaji bulan cuma rm3k pun
klau hidup selesa, berjimat, syukur
kita lebih bahagia dari para hartawan...

susah dan senang itu bergantung dalam diri kita.. ;p

missgee said...

Bila kita pandang
orang lebih bawah/susah
dari kita..
Rasa lebih bersyukur lebih terasa..
Lebih menerima apa yg kita ada :)

Iza said...

Insafnya aku.......
kereta sorong yg aku ada baru je guna 2x 2 thn dulu, elok lg tp terbiar mcm tu je...

black_mel said...

to riBEna:dia x berapa betul..ada nak cari boxer 2nd hand..

to nawal:yup..setuju..

to Langit Pertama:yup..hope leh dapat jgk yang mcm tu..

to SuRayA^i. :yup..kena bersyukur dengan apa yang kita ada..

to Solehah :yup..setuju...kenduri kat changlun?tak dapat datang la..aku tak balik penang..aku kat johor..

to intan izani :tp nafsu manusia ni tak penah cukup..selalunya mesti nak lagi hebat..

to missgee :yup..kena selalu pandang ke bawah..

to Iza :xpe..leh guna untuk stock yang akan datang..;)..