head

Nuffy

Monday, April 26, 2010

Kaki Tidur

Selamat Pagi Malaysia..Udara yang sepoi2 ditambah pulak dengan kehijauan padang,burung2 berkicauan, memang best.Masuk bilik air,bukak pili air,demm..air kena catu lagi..Kena tunggu pukul 10..Hari ni aku nak cerita pasal kaki tidur.

Bagi aku kaki tidur ni ada 2 jenis:
1)Tidur lama-Ini tergolong dalam golongan yang mempunyai kehebatan tidur yang melampau.Roomate aku ada yang penah tidur 16-18 jam.Selalu student la yang buat benda ni.Bila tanya,"Sem ni kau ambil berapa jam kredit?",Diorang akan jawab "23 jam kredit,tidur aku 5 jam kredit".Haha..seyes bengong member aku ni.

2)Tidur sekejap2-Ini lak golongan yang tidur sekejap2 tapi banyak kali,Tidur pukul 3,bangul pukul 6.Pastu pukul 9 sambung tido balik sampai pukul 12.Mandi2,pegi makan pastu pukul 5 tidur balik..dan seterusnya. Member aku pun ramai jugak yang golongan ni,mungkin tidur diorang tak puas.

Aku?Aku special,tidur memilih,Waktu aku keje dulu,aku suka sangat tengok wayang.Abis keje pukul 6 petang,pastu pukul 9 malam aku tengok wayang.Ada 2 orang member aku kaki wayang,campur aku jadi 3 orang.Kami akan pilih cerita yang paling tak best.Kalau kat GSC boleh tengok selling fast or tak.Pastu masuk wayang,citer baru start kami dah tido.Sebab apa?sebab kat wayang ada air cond.Tidur depan movie heaven giler.Tapi tak semua movie la.Kalau movie best,tak tidur..


p/s:Waktu entry ni ditulis,semua roomate aku masih tidur.

~~Tammat~~


18 comments:

khaulah said...

isy2..burn duet tiket wyg..
kalu kumpul2 da bole beli aircond tige bijik tempek kt umah..
kan2?

KERAK NASI said...

gile membazir tidor dlm wayang..

¶A.K.I¶ said...

boleh g2 ea?? cess

FaTiN said...

membazirrrr. baik simpan duit beli aircond letak kt dalam bilik hahaha

NAJ HEBAT said...

sesungguhnye, cikgu aku dulu pernah berkata:

"Naj, jgn lawan sunnahtullah! Allah dah cipta siang utk bekerja, and mlm utk berehat.. jadi tido mlm, bukan siang.. jgn jadi burung hantu!"

cikgu aku la ckp.. tp aku tak polow pon!

syaz said...

bdengkur x tdo dlm wayang..? hua3

Cheese Monster said...

dengkur? tu sangat biasa.

nn said...

hahaha. bayar RM10 untuk a/c je?? adeh. tak penat ke tidur atas kerusi??

yanamib said...

boleh pulak gi GSC sbb nak tido dlm air cond..haha..
rugi2...

Cahaya Yang Riang Gembira said...

Dah agak dah nengok wayang sbb mau tido.. Tak leh arr pi dating nengok wayang.. Wawawa..

Amal said...

gila. baik derma kat aku je duit wayang tu.

Aku X-PO said...

aku time study week sblm final, mesti xkn tdo mlm..kul 9 pg baru tdo, then bgn kul 6 ptg..mlm sure tak tdo dh..4 sure zohor ntah kemana..hukhuk

Solehah said...

uiks..rugi duit jekk..

missgee said...

Aku??? cara tidur yg Terbaik!!!
Pegi nengok wayang utk tidur..
Dasyat...hahahahahha

NAJ HEBAT said...

KAKI BLACK MEL SGT BUSUK. SILA STAY JAUH2 DARI DIA. AMARAN KERAS BROUGHT TO U BY NAJ HEBAT.

BENA said...

lorrrrrrrrr leh geng ag skali
bena pon ske tdo lam wayang
sbb mata ni jnis xleh lam gelap
kompem nk tdo
hahahaha

p3perak said...

yeay!!
last kOmen..

x faham.. npe 23 jam kredit, tp tido 5 jam kredit?? npe 5?? x 10 ke??

|.a.r.i.e.z.a.| said...

hahaha mau try bnda lg best? tdo bawah kusi/meja.. hahaha