Semalam hari Jumaat,macam biasa la orang baik2 kan,lambat la balik sikit,lepas lipat sejadah,sapu daun2 kering kat masjid aku pun balik..ok,aku tipu..biasanya tu keja toksiak,biasanya lepas semayang terus bangun,baca doa pun atas motor jer sebab nak rush.Time keje dulu lagi susah,kadang2 aku dengar khutbah kat department jer,datang2 masjid dah azan,terus sembahyang,Itu la bila kita kerja company bukan Islam,tak paham solat Jumaat tu wajid bagi umat Islam.
Ok,stop citer pasal tu,aku nak citer pukul 3 lebih,tiba2 jer aku rasa sangap nak makan megi,aku pun pegi umah sebelah,jumpa mamat yang berhati mulia,aku pun sound "bro,nak pinjam motor,motor saya(hormat sebab dia tua dari aku) rosak.",dia pun terus jer bagi kunci tanpa banyak soal nak pegi mana ker dengan siapa ker dia tak tanya.Seyes mamat ni baik.nasib baik aku ni baik jugak,kalau tak aku dah jual motor dia.Hahaha..
Pastu dah pegi pasaraya W ni,aku pun beli la megi,aku nampak gula,bukan gula2 or cik gula2,tapi gula,kat kedai runcit dah abis,so aku pun beli sebungkus yang sekilo punya.Setelah puas bershopping,aku pun balik,waktu tu dah mendung.
Yang aku nak citer ni,masa aku tengah on the way balik,ader la kakak ni dok betulkan tudung dia sambil amik corner,dah la makan jalan aku,pastu corner2 nampak motor aku,menggelabah control handle motor,tudung pun dah senget menget,aku senyum jer la kan sebab hormat jalan2 kat kg memang macam tu,tiba2 dia bole buat muka bodoh dia jer.Bangang bengang betul aku dengan dia.Nasib baik tak eksiden,kalau tak,helmet aku dah lekat kat kepala dia.
p/s:Walaupun jalan kampung,pakai helmet,takyah susah2 nak betulkan tudung sampai makan jalan orang lain.