head

Nuffy

Sunday, March 14, 2010

Apa Itu Alexa Dan Nuffnang


Semalam masa aku blogwalking blogger eryn dan blogger afnie kerak nasik tanya kat aku tentang nuffnang dan alexa.Ok,if maklumat aku salah aku nak mintak maaf terlebih dahulu sebab aku pun masih baru.Aku pun masih belajar tentang dua2 benda nie,
First aku terangkan apa itu alexa?Alexa ni adalah web information company yang membolehkan anda mengetahui kedudukan web anda dalam rangking web di dunia dan di Malaysia(kalau anda orang Malaysia).Pendek kata,anda boleh check kedudukan blog anda no brapa.Sebagai contoh,blog aku di kedudukan 1juta lebih didunia.Ianya tak spesifik kepada blog semata-mata,tapi termasuk jugak laman web.
Kedudukan web no 1 di dunia adalah google.com.


Macam mana nak masuk laman web alexa dan lihat ranking blog sendiri?
1st-Pergi ker laman web alexa-www.alexa.com.Taipkan url blog anda dan tekan butang search.Pastu bila dh keluar macam gambar di atas,klik butang get details untuk tengok informasi tentang blog anda.


Apa lagi yang boleh dapat dari alexa?
2-Lepas tekan butang details,dia akan paparkan benda di atas ni,anak panah kat atas ni,menunjukkan traffic blog anda dalam masa 1 bulan dan 3 bulan yang lepas. dalam bentuk percentage.Nampak tak traffic aku?macam hampeh kan.



Lagi?
3-Dalam page yang sama,Arrow no 1 tu menunjukkan golongan2 orang yang melawat blog kita,contoh blog aku banyak dilawat oleh perempuan yang berumur 18-24 tahun,dah ada anak,graduate dan melawat blog aku dari rumah.Ini adalah kebanyakkan,bukan semua.So,baik korang check perut korang tu kot2 dah ada baby..hehe.


4-Arrow yang bernombor 2 tu pulak,menunjukkan masa yang diambil untuk load page kita.So dari situ kita tau page kita ni berat ataupun tidak.


Apa kaitan alexa dengan nuffnang?
Kaitan kedua2 benda ni adalah traffic yang masuk ker blog korang.Sekiranya rangking blog korang dalam dunia ni berkedudukan 700,000 kebawah di ranking alexa,sepatutnya korang dah ada buffered nuffnang.Apa itu buffered?Sila masuk ke tips buffered melromeo dan juga tips buffered cik aina.At least korang kena maintain traffic 300++ sehari.Tapi tak tentu jugak,sebab korang boleh dapatkan buffered ni kalau korang dah berblogging bertahun2.

Boleh tak klik iklan sendiri?
Boleh,kalau tak silap aku dalam sejam korang boleh klik sekali.Untuk header,bottom dan sidebar,ketiga2 iklan ni dikira lain.Untuk maklumat pengiraan,sila rujuk nuffnang click calculation melromeo.

Apa perbezaan unique dan view untuk nuffnang?
Dalam bahasa mudah,orang yang sama kalau masuk blog aku 5 kali dalam tempoh 1jam,korang akan dikira 5view dan 1 unique.Means kalau korang klik 5 kali pun,dia akan tetap kira 1.Penerangan yang lebih lengkap?Sila masuk ker penerangan perbezaan view dan unique melromeo. .

Apasal banyak sangat nama melromeo dan cik aina?
First sekali aku main blog,orang yang pertama aku ym adalah melromeo.Korang pun boleh bertanyakan apa2 soalan kat dia sebab dia memang seorang yang berpengetahuan dalam bidang blog.Begitu jugak dengan cik aina, dia ada pengetahuan yang banyak bagaimana nak dapatkan buffered.Aku?Aku takde buffered lagi sebab aku tak fames,traffic pun x cukup.


p/s:Kalau aku silap apa2 fakta,sila tegur.Sama2 belajar.Sebarang pertanya sila ajukan kepada black_mel atau terus kepada melromeo dan cik aina(link aku dah bagi).

p/s:Melromeo dengan Black_Mel orang yang berbeza.