head

Nuffy

Friday, March 12, 2010

Pengorbanan



Angah merupakan pelajar kelas akaun di Sek Taman Inderawasih,Namun Angah tidak menyukai subjek akaun,sepanjang 2 bulan lebih dia tidak langsung menyentuh buku akaun.Masuk bulan ke 4 dia mendapat
tawaran melanjutkan pelajaran ke sekolah teknik Tunku Abdul Rahman,Tanpa berfikir panjang,Angah terus menerima tawaran tersebut.Angah yang pada mulanya ingin belajar bersungguh2 jadi lupa diri,Angah lalai bila tidak disamping orang tuanya,akhirnya result spmnya agak teruk.Angah dapat tawaran masuk ke Politeknik dan Tingkatan 6,

Angah tak nak tapi akhirnya,Angah memilih untuk masuk ke kolej swasta apabila bapanya memberi kata dua samaada dia supaya menyambung pelajaran atau keluar daripada rumah tersebut.Angah terpaksa akur,Hampir 3 tahun Angah belajar,Angah berjaya mendapatkan diplomanya tetapi diplomanya ditahan
kerana Angah masih berhutang dengan kolej tersebut kerana keluarganya tidak mampu membayar yuran pengajiannya.

Angah tak kisah kerana,Angah tahu orang tuanya banyak tanggungan lain.Angah mengambil keputusan untuk bekerja,setahun dia bekerja,dia mampu melangsaikan hutang2nya di Kolej lamanya sehinggakan dia tiada duit simpanan dan dalam masa yang sama,dia mendapat surat supaya hadir ke majlis konvokesyen di Stadium Bukit Jalil namun perlu membayar beberapa ratus ringgit untuk sewa jubah konvo,pakej gambar dan macam2 lagi.

Orang tuanya terlalu gembira kerana dapat melihat anak kedua mereka mengapai segulung diploma. Berkatalah ibunya:

Ibu     :Angah,angah pegi yer,nanti duit nak kena bayar tu ibu mintak kat abah yer.Along ader gambar konvo.takkan angah taknak ader gambar konvo.Nanti boleh letak kat dinding..Ibu pun nak pegi tengok angah naik atas pentas.

Angah:Takpe la ibu,angah tak nak pegi,abah banyak lagi nak pakai duit untuk adik2.Lagipun angah tak 
ambik cuti ,sambil tengok gambar along konvo kat dinding.

Ibu     :Kenapa tak nak pegi..nanti adik2 semua ada gambar konvo.Angah jer takde..

Angah:Takpe,nanti dapat sambung ijazah baru kita pegi(Kesian kat abah nanti nak cari duit lagipun diploma kolej swasta jer,angah berkata dengan hatinya).Ibu jangan cakap dekat abah tau pasal surat konvo tu,angah janji, nanti kalau angah dapat sambung ijazah kita pegi.

Ibu diam jer,tak cakap ape2...
 
Kini 3 tahun berlalu,dah ada gambar konvo lagi satu kat dinding,tapi bukan gambar angah,tapi gambar alang,cik pun dah abis diploma dan dah bekerja,iwan,anak ke 4 pasangan tersebut berada di Indonesia sedang buat kos perubatan,Angah,setahun lagi menamatkan ijazahnya dalam bidang IT di sebuah ipta di Malaysia,harap sangat2 angah sempat membawa orang tuanya ke majlis konvokesyennya nanti..


p/s:Jangan pernah menyesal dengan keputusan yang kita buat.
p/s:Kepada adik2 yang dapat keputusan spm kurang cemerlang,banyak lagi cara untuk berjaya dalam kehidupan.
p/s:Teringin nak jadi penulis novel,tapi tak ada bakat..kagum dengan penulis2 novel.