Bahayanya bahasa sms dalam kita sedar ataupun tidak,kita dah guna bahasa tersebut dalam kehidupan seharian.Adakah kita menggunakan bahasa SMS dalam hidup seharian atau kita guna bahasa harian dalam sms?
Ini kejadian yang pernah berlaku masa aku bersembang dengan member aku di telefon.Lepas tekan jer button merah baru aku sedar aku guna bahasa SMS.
Dialog aku:
Kawan:Assalamualaikum
Aku:w'salam
Kawan:Ada mana?
Aku:on the way p umah hang.
Kawan:Lambat betul.
Aku:Sabaq...k..jap lagi aku sampai.
Kawan:Ok.cepat sikit.
Aku:Ok..akum...
Sama ada dalam sedar ataupun tidak,kita dah menggunakan bahasa SMS dalam kehidupan seharian.Kejadian kat atas pernah berlaku kat aku dan aku hanya sedar aku guna bahasa sms bila aku dah letak phone call tu.Sesetengah kawan aku yang baik2 cakap jangan gunakan perkataan akum kerana membawa maksud yang berbeza,So,lebih elok guna Salam.
Satu lagi sebab aku tak suka guna SMS ni sebab sms ni kadang2 boleh menyebabkan salah faham.Kita mungkin bergurau tapi pihak yang lagi satu mungkin terasa disebabkan oleh sindiran or gurauan kita.So better call jer sebab kita bole tau emosi diorang.
Lagi satu,elakkan guna singkatan yang melampau dalam berblogging.Sebab singkatan yang kita guna,belum tentu orang lain paham.So,kalau dah susah nak baca,macam mana orang nak komen.Aku pun slalu jugak guna singkatan dalam berblogging,tapi aku tak guna singkatan yang melampau2. Who knows,penulisan kita ada uncle2 or auntie2 yang baca?
p/s:Jangan rosakkan bahasa sendiri.