RM469 untuk yuran asrama satu semester di IPTA aku ni.Korang rasa murah ker?Berbaloi ker?Aku rasa,aku bayar kat rumah urut pun berbaloi2 ditambah dengah servis extra.TAPI,aku bukan kaki rumah urut.Kalau badan lenguh2 pun tak sampai la lagi kaki aku ker rumah urut tradisional.
Semenjak,dua menjak ni wifi university aku ni aku rasa dah makin teruk,Pernah jugak aku log in lebih 5 kali dalam tempoh setengah jam.Macam mana aku nak buat assignment yang berlambak2?(poyo jer).Macam mana aku nak update blog aku?Dah la selalu tak leh konek,ditambah pulak kalau boleh konek jer slow macam siput khinzir.
Macam tak berbaloi jer,lecturer aku cakap Malaysia punya perkhidmatan internet belum sampai taraf negara2 membangun seperti Korea dan UK.Dia tak abis2 cakap masa dia study kat UK dulu,baru pikir nak masuk page tu,dah masuk belum tekan button search.Perumpamaan yang dia bagi kat aku punya lajunya internet kat sana.Kalau kat kolej aku ni,jangan kata pikir,ko dah memang taip pastu nak masuk page tu jer,siap bole pegi makan roti canai lak dulu.Tak la selalu,tapi sekarang ni makin kerap.Tapi aku nak salahkan universiti sendiri pun tak bole sebab kawasan aku ni streamyx dua max pun baru jer masuk.Kalau sem lepas,1 max jer yang paling tinggi.
p/s:So aku nak salahkan siapa untuk perkhidmatan internet yang teruk ni?Nak salahkan universiti sebab bayar mahal tapi servis teruk ker atau nak salahkan kawasan pedalaman aku ni?Maybe kalau universiti aku ni terletak kat KL,masalah ni tak terjadi kot.