head

Nuffy

Saturday, February 6, 2010

Multi Level Itu Wajib atau Tidak

Aku baru jer balik dari mid term tadi.So aku bukak fb jer ader orang post pasal dia suka duit..hari2 dapat duit la aper ker..kira kalau pendek dengan panjang kata..hari2 hidup dia pasal duit...gila ker post hari2 pasal duit?kaya sangat ker nak cita pasal duit hari2?Aku takleh letak pic dia kat sini sebab dia pun kawan2 bau2 kentut jugak.

Tapi cuma aku terkilan la sebab hari2 dia cita pasal duit.Macam dah jadi hamba duit.Aku tak cakap multi level tu tak boleh jadi kaya.Boleh..Masa aku kerja Makro dulu,ader dua supervisor aku berhenti kerja makro diorang buat MLM ni..tapi tak semua yang berjaya.Seorang tu,dia memang berjaya sampai dia jual produk tu kat indonesia.Tapi sorang lagi tak menjadi,so dia masuk balik kerja dengan makro.Sebelum tu dia supervisor,tp dia dah berhenti,gaji dia jadi gaji staf balik.

Korang nampak tak??Tak semua orang yang masuk multi level yang berjaya tapi tak semua yang gagal.Maksud aku kalau masuk multilevel tu,kalau rajin dan ditakdirkan rezeki dia kat multilevel tu,dia akan berjaya.Tapi,jangan paksa semua orang masuk dan orang yang masuk kerana hasutan dan ikut-ikutan tu selalunya susah nak berjaya.Multilevel ni kena ader skill dan kena buang sifat malu.Ini yang aku tau la.

Ini pendapat peribadi aku.Aku mintak maaf kalau aku silap.Aku pun manusia biasa jugak.Tak lari dari kesilapan.Kepada yang menceburkan diri dalam bidang MLM ni,sila berusaha dengan gigih kerana,rezeki tak datang bergolek.Kalau datang bergolek jugak nasib la tu..

P/S:Sori kalau ada sapa2 yang terasa.Aku takde niat.Tapi entry ni pun aku tak kutuk sapa2...

18 comments:

Fiffy Hazirah said...

mlm ni depends la.. kawan mom aku skrg income 40k++ tu sebulan mlm.. tp kene wat muka x malu la.. keje kuat..

|.a.r.i.e.z.a.| said...

huhuh pasal MLM juge ye.. hehe klu dh hari2 org tu ckp pasal duit. hohoh mmg materialistik sungguh.. huhu taksub sgt dh tu :p

Cahaya Yang Riang Gembira said...

Bila laa nak kaya ni ek.. Heehee.. Takpe2.. Janji hidop bahagia.. Weeeee.. :)

s h a f i q h a s h i m _____ said...

ye la , hari2 tengok seribu cash , mana nya tak jadi mata duitan.hehe..
tak kisah jadi mata duitan , asalkan pencipta kita jangan dilupakan sudah

deus X machina said...

MLM...serik aku
dan takkan aku percaya lagi sampai bila-bila

Fathiha Zainal said...

MLM? Tak pernah percaya n tak pernah rs nk join. Bia la dh rmai mmbe yg kaya pn sbb join MLM. Tp.. Ada byk lg cara lain nk dpt byk duit.. Kerja, simpan la duit. Hehe.. My mum pnah kena tipu. Bkn dgn org len, dgn sedara sndriri lak tuh. Once my mum dh kena, lg la kuat rs x caye kt MLM tuh. Huhu..

black_mel said...

Fiffy Syafiqa Hazirah :yup2...setuju..xleh malu2..

black_mel said...

|arieza|:hurm..skrng ni bnyk sgt mata duitan...nk buat x salah...tp pada2 la..

black_mel said...

FarhanaDr:jd dr pun dh kaya ooo...hehe...

black_mel said...

e p i x ____ :huhu..kalau hari2 citer pasal duit..something wrong dgn otak dia..

black_mel said...

deusXmachina®:haha...naper?

black_mel said...

Fathiha Zainal:hurm...yup2...setiap orang ader pendapat masing2..so kita yg xnk join ni,diorg kena hormat...

Amal said...

betul lah lu cakap.
aku pena join.
tp tak de rezeki.
balik modal pun tak.
hahaha.
so utk elak aku frusted, aku akan pk "oh at least aku ada experienced"
lalalalaa~

black_mel said...

♀.รﻨν.♂ :haha...xpe..pengalaman tu penting..
so lepas ni kena hati2..

Amdhas said...

salam persahabatan dari indonesia,,
senangnya dapat teman baru

black_mel said...

ph-internet:thnx...

Dak Wan® said...

Multi level bagus diceburi untuk satu sebab jewr.... kursus motivasi dia memang 1st class! Pastu ada gak kursus penampilan dan cara present yang bagus untuk kita belajar. Lagi satu, semua tu depa bagi percuma jewr! Takyah enroll kursus yg gila kena bayar lagi tu. Hahaha.

black_mel said...

Dak Wan® :haha...yup2...btul2....nak cari pengalaman bole jer...