head

Nuffy

Showing posts with label dadali. Show all posts
Showing posts with label dadali. Show all posts

Tuesday, December 14, 2010

2 Pemilik Blog Yang Aku Respect dan 1 Pemilik Blog Yang Baik dan Hebat

Mula-mula korang layang lagu ni dulu,Penyanyi dadali dengan lagu disaat aku mencintaimu



Terlampau banyak blogger yang baik-baik dan hebat-hebat yang aku kagumi tapi buat masa ni aku senaraikan 3 blog dulu yang aku rasa diorang ni sangat hebat,baik dan hebat.

2 Pemilik Blog Yang Aku Respect


1-Lumut-Esoksemalam
 Aku respect dia sebab dia seorang yang tabah dan aku suka penulisan dia. Sebenarnya bila aku baca blog dia, dia ajar aku bukan aku sorang jer ada masalah dan ramai lagi yang ada masalah lagi teruk daripada aku. Ada yang tak kenal dia ker?Kalau korang suka blog penceritaan dan kisah hidup korang boleh masuk link atas tu,tapi kalau korang nak cari blog kelakar,ayat pendek-pendek sila abaikan link tu.

2-Fathiah Raihana-Anakekupukertas 
Thanks untuk lagu kat atas tu.Sebelum korang salah paham,baik baca entry ni bagi abis.Sebenarnya blog dia autoplay lagu tu dan aku first time dengar lagu tu memang aku minat.So,aku shout kat shoutbox dia tanya tajuk lagu tu dan tak berapa lama dia reply.Memang ramai yang bagi feedback kalau kita tanya tapi aku dah lama x masuk blog dia,tak sangka dia jawab pertanyaan blogger picisan macam aku ni.Lagi satu sebab aku respect dia,penulisan dia tak macam umur dia.Dia baru SPM tapi penulisan macam dah baya-baya aku dah(bukan bermaksud aku tua ok!!!! tapi dewasa).

Dan blog yang ketiga,kalau ada yang rasa dia sombong bagi tau aku sebab aku rasa dialah orang yang paling baik setakat ini sebab dia buat header untuk blogger lain secara percuma(dulu,kalau sekarang kena bayar not sure)Lagi satu dia sangat pandai dalam blogging ni.Korang tanya tips apa-apa pun,insyaAllah dia jawab.Siapa dia? Pemilik blog diberi nama Wachak. Thanx cak,ko memang baik sebab dia rajin ziarah blog kawan-kawan.

p/s:Banyak lagi yang aku admire dan insyAllah aku akan listkan pada entry-entry yang akan datang.

p/s:Someone pernah tanya aku(blogger jugak)apa aku dapat bila aku promote blog orang lain?Mana win-win situation?
Kat sini aku nak jawab,aku promote atau aku letak link blogger lain,tak pernah aku bagitau blogger tu pun.Maksudnya kalau dia tahu itu sebab dia dapat tahu sendiri. Niat aku cuma aku nak kongsi blog lain yang lagi hebat daripada blog aku kat reader blog aku dan sebab aku menghargai jasa blogger tersebut.Aku bukan buat atas sebab keuntungan.Jadi mungkin satu hari nanti aku akan promote blog dia jugak.