head

Nuffy

Tuesday, April 17, 2012

Janji Tinggal Janji

Semua orang pandai berjanji, tetapi tak semua orang menunaikan janji. Tak semestinya nak berjanji tu kita kena ungkapkan "Aku berjanji" dan aku paling tak suka kalau orang tak menepati janji sebab ianya menyusahkan orang lain. Aku berhadapan dengan beberapa kejadian yang buat aku fedup.

Situasi 1: Kawan aku berjanji untuk datang ambik aku dan pergi ke kolej dengan dia.
10 minit sebelum kelas bermula.
Aku: Bro mana?tak sampai lagi ker?
Kawan: Sori..hari ni aku tak pegi kelas..Lupa nak bagitau hang..
Whattt????? Dah tak sempat aku nak pegi kelas sebab aku tak ada transport dan nak ambik pengangkutan awam kena tunggu lama. Aku bukan jenis yang suka masuk kelas masa kelas dah bermula.

Situasi 2: Kawan aku ajak lepak kat kedai makan
Aku: Mana ni Ali(Bukan nama sebenar). Dah 15 minit aku tunggu.
Ali: Sabar...sabar tu kan separuh daripada iman...
Errrkkk....macam tu pun boleh ker?Macam hampeh..Macam aku pulak yang salah..

Situasi 3: Kawan aku ajak tengok wayang hari minggu
Aku: Macam mana?Jadi tak hari ni tengok wayang?
Ahmad: Aku tak janji kan. Tak jadi. Aku ada hal..

Sebenarnya sebagai manusia biasa, kadang-kadang tak dapat dielakkan kejadian yang datang tiba-tiba dan kita terpaksa batalkan plan ataupun temu janji yang dah di buat. Tapi sekurang-kurangnya kita kena mesej atau call member kita tu awal-awal dan bagitau kita tak dapat datang. Jangan sampai rakan atau sahabat kita tu yang call kita bertanyakan kenapa kita tak datang. Memanglah tension diorang tu. Tetapi batalkan temujanji tak seharusnya berlaku selalu sebab ianya melibatkan kepercayaan dan sikap kita itu sendiri. So, cubalah sedaya upaya menepati janji kita.

p/s:Aku kalau janji pukul 5 petang tunggu kat KFC ker, pukul 4.55 aku mesti dah sampai.

p/s: Aku percaya orang yang pernah terlibat dengan pasukan beruniform semasa di sekolah atau di universiti atau orang yang pernah pergi ke PLKN diorang ni selalunya menepati masa.






11 comments:

Asma said...

Mai lambat tu satu hal...
Wat senyap tu satu hal...
Tak rasa bersalah pun satu hal..

Org camni jenis x menghormati masa org lain... Igt seme org lapang sgt cam dier ke..

Umie Nadhirah said...

situasi 1 selalu berlaku kat aku..
sungguh menyampah..

MOMMY CGG said...

sakit jiwa tau kalo deal ngan org yg tak rasa bersalah..
leh slumber2 lak tu..
sabo je la kan...

old_trafford said...

Situasi 4: wei hang kat mana ni,

"tunggu sat aku nak makan nasi jap".

la hang ni,, aku dah smpai umah hang dah ni.

P/s KFC xde sbb dia ada game dengan team Kelantan dalam Piala AFC.

black_mel said...

tu la pasal..sgt2 x phm perasaan org lain

black_mel said...

haha..tp nk marah member..xmrh x phm2..so nk wat cmner?:-)

black_mel said...

lamanya xnmpk cgg..hehe..yup2..sabo jer la..

black_mel said...

situasi tu pun pernah berlaku..padahal nk kuar jalan2..confirm la g mkn skali..hehe..

p/s:owh..ok2..harap dia main btul2..

Iza said...

Assalam..
Paling tak suka orang buat macam tu kat aku. Lain kali dah serik dah nak janji dengan orang..

Hazri Zakaria said...

sory, aku tetido.. =.=

sal ya said...

saya kalau terlambat ke usually saya inform dulu. tak ada la 10 minit lagi nak ke kelas baru bgtau tak jadik. memang melampau sgt la tu.