Hari ini hari kedua. Hari pertama Makcik tua tukang masak tu buat aku tak kisah sangat tapi sebab dah dua kali aku dah tak boleh bersabar.
Hari ini sebab aku teringin makan kat luar, aku pun suruh lah adik aku pegi beli kat kedai makcik kat bawah flat umah aku ni. Kalau nak ikutkan aku memang dah menyampah dah dengan makcik tua yang berlagak nak m*mp*s tu. Minggu lepas aku ada suruh adik aku pegi beli kat kedai makcik tu Nasi Goreng. Pastu hampir dua jam baru dia sampai umah. Aku pun tak kisah sangat sebab adik aku yang kecik ni memang kuat bermain. Mungkin dia pergi main-main ngan member dia dulu lepastu baru ambik nasik yang dia order tu.
Minggu ni aku suruh abang dia pegi beli pulak. Sebab adik aku yang lagi sorang ni tak suka main-main. Lepas tu tunggu punya tunggu baru dia naik marah-marah lak. Aku pun dah ringan tangan ni, ketuk pintu kuat-kuat lak tu. Pastu aku tanya apahal. Dia pun cakap, dia order kat makcik tu sebelum orang ramai. Tapi makcik tu buat orang yang datang kemudian daripada dia. Dah lepas 5 orang baru dia buat adik aku punya, tu pun lepas adik aku nak cancel order. Yang aku tak boleh tahan ni, makcik tua b*ngok tu siap boleh sound adik aku lagi. "Sabar lah sikit,ko tak reti sabar ker" dan adik aku cakap, makcik tu cakap jerit-jerit bukannya cakap elok-elok dan orang yang makan kat situ dah tengok adik aku macam dia yang salah pulak.
Wahai makcik tua kutuk, kedai makcik tu tak sedap mana pun tapi dekat sini cuma kedai makcik jer jual nasik goreng-goreng, janganlah makcik nak belagak sangat. Lagi satu, makcik meniaga tak reti ker orang putih cakap "First Come First Serve"? Walaupun makcik tua, tapi makcik kena ingat, kalau setiap hari seorang pelanggan lari, lama-lama bungkus makcik.
Yang makcik tua ni nak marah adik aku pun aku tak paham. Memang dah salah makcik ni adik aku datang dulu dia buat orang lain punya. Adik aku dah tanya dah sebelum tu, dah siap ker belum pastu nak marah-marah. Makcik period ker?(Tapi makcik umur dah 50 lebih)
p/s:Sebelum aku terlupa kedai makcik ni memang special. Seminggu dia keja 4 hari jer. Sabtu dengan Ahad confirm tutup. Lagi satu hari tu aku tak dapat nak agak hari apa sebab kadang-kadang Isnin, kadang-kadang Selasa tapi minggu lepas Jumaat. Dia clearkan Anual Leave dia kot..
5 comments:
tension betul kalau jenis macam tu
yup..sgt tension dan mmg xkn beli dh kat kedai mcm tu..
sgt meluat dgn peniaga cam gitu
yes..org xnk meniaga bila terpaksa meniaga mmg mcm tu...
kalau saya, cancel je... lantak la dia kata nak buat pun. baik beli perencah sgera dan masak sendiri kat rumah.
Post a Comment