head

Nuffy

Friday, April 20, 2012

Aku Terlalu Memilih Kerja

Hampir 3 bulan aku menganggur dan akhirnya aku dapat jugak kerja di pasaraya dan ada related sikit dengan IT walaupun tak banyak. Lebih kurang 40% jer related dengan IT. Tapi sebab apa aku tak gembira dan aku tak teruja seperti aku menunggu keputusan temuduga IBM ataupun HP? Mungkinkah sebab ianya title pasaraya?

Sebenarnya aku tak jangkakan pun nak dapat pekerjaan IT di pasaraya kerana aku mengharap untuk bekerja di syarikat-syarikat perkomputeran gergasi tapi akhirnya rezeki aku tertulis di situ. Aku bukan terlalu memilih pekerjaan cuma aku agak cuak apabila aku masuk team pengurusan. Sekiranya aku berada di team operasi dan sebagai jurujual, mungkin aku agak gembira dan mampu tersenyum lebar.

Tapi sampai bila aku mahu menjadi jurujual? Sudah tiba masanya aku mengorak langkah. Walaupun aku tau team pengurusan ini memerlukan tanggungjawab yang besar, tapi aku ingin mencuba untuk 1 atau 2 bulan. Sekiranya aku tidak dapat memikulkan tanggungjawab yang diberikan, aku akan melepaskan jawatan ini.

p/s:Bapa aku tetap tak suka aku kerja pasaraya walaupun aku dapat team pengurusan dan bertitle executive. Aku agak ralat sebab tak ada orang menyokong aku kerja dipasaraya. Bukan aku tak pohon kerja lain tapi dah dekat 50 company dan 5 interview aku pegi tapi belum ada rezeki.

8 comments:

Asma said...

Keje pasaraya ni nmpak low class tp tak semudah yg org pikirkan..

Kalo ko berjaya wat ngn elok kat pasaraya ni, experience kat sini la yg bersinar dlm CV ko time interview utk syarikat gergasi 2 3 tahun lg...

sal ya said...

rezeki buat masa ni tertulis kat situ. tak apa la kalau abahnya tak suka. at least ada job, ada income dan halal.

Pieka said...

Kerja kat pasaraya pon tak salah asalkan halal. Zaman skg nak dapat kerja yg betol2 sama dgn minat kita sgt susah. Persaingan pon banyak.

Kerja la dulu, at least ada pengalaman. :)

wachak said...

Timba pengalaman dulu. Dah ada sijil ditambah dgn pengalaman baru cari kerja lain

h4ni3 said...

bukan selamanya nak keje situ kan..
takpe, keje dulu.. at the same time, apply lagi kat tempat lain.. relax k :)

'AQILAH said...

kerja kat pasaraya seronok, walaupun ajak penat :D

old_trafford said...

Bagi aku ,Keja la kat mana pun, yang penting gaji banyak..haha

Unknown said...

Mel jadikan dulu kerja kat ctu sebagai tapak utk timba pengalaman,,,biasalah org tua kan dieorg ada impian tersendiri utk anak2..Insyaallah nanti bapa mel paham gak tu..